6 Asas Bisnes Online!

Untuk berniaga di Internet anda memerlukan persiapanrapi agar perniagaan anda tersebut berjalan lancar dan tidak kecundang di tengah jalan.

Berniaga di internet tidak semestinya anda berniagaproduk digital semata-mata malah anda juga bolehmenawarkan produk fizikal. Ya, produk fizikal sepertibuku, tikar, kuih, produk kesihatan dan sebagainya.

Saya bagi contoh antara produk fizikal yang saya jual menggunakan medium Online antaranya ialah produk Jawi Translater yang merupakan salah satu produkfizikal iaitu dalam bentuk CD. 2,3 tahun yang lalu saya telah menjual produk ini secara Offline selama setahun tetapi saya merasakan sasaran saya agak terhad dan tidak meluas tambahan pula ianya memerlukan kepada promosi secara nyata jika ingin lebih dikenali ramai.

Maka saya mengambil keputusan untuk memasarkannyasecara Online sebaik sahaja sahaja mengenali duniaPerniagaan Online. Maka produk ini merupakan antaraproduk pertama yang saya jual di internet sebaik sahajasaya menceburi dunia eBiz ini. Keputusannya : Hasil yang dapat dari penjualan melaluiOnline dalam sebulan menjangkaui penjualan saya secaraOffline untuk 4 bulan. Malah sasaran saya lebih luas dan pembeli saya datang dari seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei!!!Nampak tak?

Inilah kelebihan Perniagaan Online..... dan mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kuasa Perniagaan Online ini.Namun untuk menguasainya anda perlu kepada ilmu pengetahuantentang selok-belok eBiz. Jadi untuk membantu anda dan juga Newbie saya telah menulis artikel mengenai 6 Asas Perniagaan Online yang perlu anda ketahui iaitu :

Mindset
Niche
Website / Teknikal
Surat Jualan
Trafik
Conversion

Jika anda ingin mengetahui apakah yang saya maksudkan dengan 6 perkara asas tersebut maka anda boleh melayariblog saya di www.epustaka.com/blog


Ahmad Syaifuddeen Mohamad
http://www.abooain.com/

5 Langkah Menawan Pasaran Pelanggan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut andaboleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggananda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menanganipersaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggiKita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akanmenentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatanberkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabilapelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukansetakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produkberkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelangganyang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akanmemberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kulitiproduk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baikZaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanyadilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanidengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa baranganrosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranyapesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari,anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salahsatu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairanrestoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendahDalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang pentingdalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah penggunayang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda padaharga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda.Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalammemenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakanMemberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikanpermintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangkaakan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggananda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana,pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengankenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaranpelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaranMenjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepadaperniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenaliberbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah denganmenjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi olehkerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasarantersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segalaubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satukelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikananda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluangperniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akandapat menawani pasaran yang besar.



Oleh Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Wang Cepat Atau Bisnes Internet Jangka Masa Panjang?

oleh Zamri Nanyan

Seorang rakan internet saya bertanya, “you still aktif dengan internet MLM?”
“Ya”.
“Program mana?”
Kiosk Webhosting“.
“Wah! Lamanya dengan Kiosk”.
“Mestilah… aku susah sikit nak lompat ke program-program lain”.

Dalam hati, saya berkata, “duh! kenapa nak berhenti kalau tiap-tiap bulan dapat komisyen… sama ada saya usahakannya ataupun tidak”.

Kemudian saya bertanya kembali kepada beliau, “kenapa tiba-tiba berminat dengan Internet MLM?”

Beliau menjawab, “nak dapatkan pendapatan berulang setiap bulan… dah penat dengan affiliate marketing”.
“Oh! OK”.

Saya pun terus berkomunikasi dengan beliau seperti biasa.
Sebenarnya, salah satu kekecewaan usahawan internet yang saya temui adalah berkaitan dengan pendapatan tetap yang diperolehi daripada usaha mereka. Bulan ini dapat RM1,000. Bulan depan tak tentu lagi dapat RM100 dan begitulah seterusnya.

Memang benar bahawa terdapat perbezaan di antara menjana pendapatan di internet dengan membina perniagaan di internet.

Untuk menjana pendapatan di internet dengan pantas, mungkin tidak sesusah untuk membina perniagaan di internet untuk jangka masa panjang - walaupun secara komparatif, perniagaan internet lebih mudah daripada perniagaan konvensional.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan wang (menjana pendapatan) dengan mengiklankan produk affiliate, anda boleh membeli iklan di surat berita (newsletter) usahawan internet lain. Selepas iklan anda disebarkan ke pelanggan newsletter tersebut, anda mungkin akan mendapat beberapa jualan dan hasrat anda untuk menjana pendapatan melalui internet sudahpun tercapai.

Namun, jika anda berhenti mengiklankan produk pilihan anda, pendapatan anda pun terhenti begitu sahaja. Sama seperti anda bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri.
Ini kerana anda tidak mempunyai sistem dan perancangan seperti yang dilakukan di dalam membina sesebuah perniagaan.

Membina perniagaan internet memerlukan anda melihat beberapa langkah ke hadapan sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, jika anda fokus kepada pengiklanan di dalam newsletter usahawan internet yang lain, anda perlu memikirkan bagaimana caranya untuk memaksimakan hasil daripada pembelian iklan yang anda keluarkan.

Mungkin anda akan mendapat beberapa jualan daripada pengiklanan yang dimaksudkan tetapi ini tidak semestinya menjadi satu-satunya peluang untuk anda menghasilkan pendapatan.

Maklumat lanjut kunjungi http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/wang-cepat-atau-bisnes-internet-jangka-masa-panjang/

Mendapatkan Trafik Enjin Carian Google Ke Laman Web Anda

Jika anda seorang yang berkira dan kedekut membelanjakan wang untuk mengiklankan blog atau laman web anda seperti saya maka mengaplikasikan teknik SEO untuk mendapatkan trafik adalah pilihan yang baik.

Ianya bukan saja percuma tetapi juga mendapat prospek yang targetted, bermakna peluang anda untuk mendapatkan jualan adalah lebih baik kerana prospek itu menemui apa yang mereka cari. Mereka yang datang cari kita, bukan kita yang pujuk-pujuk apalagi memaksa mereka.

Berikut adalah sebahagian laman web saya (dalam kotak merah) yang mendapat trafik berterusan dari enjin carian google tanpa bayar satu sen pun pada google.

16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Saudara, sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalamperniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakanpelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalambuku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianyamenyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha olehkerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!
Oleh : Irfan Khairi
http://www.irfankhairi.com/

Scam Alert: Taktik Nigerian Scammer

Saya menerima beberapa email yang bertanya tentang pelbagai program dan juga email yang mereka terima. Saya akan berikan satu contoh email mereka. Contohnya email mereka adalah tentang:

1.Loteri yang anda menang

Biasanya ia kononnya daripada firma atau syarikat besar seperti coca cola, microsoft, yahoo, google, pepsi, toyota dan pelbagai lagi syarikat besar yang kononnya anda memenanginya walaupun anda tidak menyertai. Bagi mereka yang “rambang mata” duit berjuta yang kononnya telah dimenangi. Mereka pasti akan reply email tersebut.

Baca seterusnya di http://www.shamsuriyadi.com/2008/11/19/scam-alert-taktik-nigerian-scammer/

Kenapa anda tidak mampu untuk bertindak?

Sila bagi perhatian kepada jawapan di bawah.
"Bukan saya taknak bertindak cuma apa yang diterangkan dalamkebanyakkan ebook tidak jelas dan saya berharap produk anda padakali ini adalah produk yang betul-betul boleh menjana wang!"

Saya tanpa membuang masa terus tunjukkan kepada beliau sistem yangkami akan lancarkan kelak. Saya juga nyatakan berapakah hargasistem kami tersebut. Selepas beberapa jam, dia reply lagi emel dengan begitu terujasekali "Wah, sistem macam ni memang boleh buat duit di Internet!Kalau bayar RM3000 pun saya sanggup! Ini kerana sistem ini sememangnya memudahkan semua orang!"

Dan banyak lagi.

Salam cemerlang dan jumpa lagi di emel akan datang!

Sekian,

Labanon,
Team FlareBiz,
www.FlareBiz.com

Rahsia Menjana 10,151.17 Melalui Adsense Di Sini...

Sebelum sayabercerita lebih lanjut Rahsia bagaimana saya berjaya menjanapendapatan 10,151.17 melalui google adsense melalui beberapa blog saya sehingga kini... saya ingin memberitahu kepada anda bahawa bukan mudah untuk saya melakukannya. Bayangkan setiap hari sayamemikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan pasif setiapbulan melalui internet. Memang saya telah mencuba program Google Adsense sebelum, tapi bukan mudah untuk mendapatkan pendapatan melaluinya tanpa trafik melalui blog. Maka saya gagal..
Lantas saya memikirkan satu blog yang disukai ramai danmenjadi tumpuan orang ramai yang melayari internet.Dandari situlah saya dapati blog video anime adalah yang terbaik dantermudah untuk saya lakukan oleh kerana terbatasnya penguasaan bahasa inggeris saya.
Kemudian, saya terpaksa bertungkus lumus pula untuk memasukkan setiap episod tersebut daripada awal hinggalah kepada yang terkini,dan proses ini adalah cabaran pertama yang menguji kekuatan saya untuk meneruskan usaha ini.

Setelah selesai kesemua episod tersebut,saya berdepan pulamasalah bagaimana untuk memasarkan blog video anime saya ini kepada umum.Maka,saya telah mencuba pelbagai kaedah pemasaran sehinggalah akhirnya saya berjaya dengan kaedah pemasaran video.

Kunci sudah dapat dibuka,lantas saya terus fokus kepada pemasaranmelalui video ini sehingga akhirnya blog saya dikunjungi setiaphari oleh ribuan pengunjung daripada seluruh dunia dan pendapatan adsense saya pun MELONJAK SETIAP HARI...

Seterusnya kerja saya bertambah mudah,kerana saya cuma perlutambah episod yang terkini sahaja setiap minggu.Jadi, sebelum merasa kesenangan yang saya kecapi melalui hasil pasif income yang saya terima hingga kini dan mencecah hingga rm 10,000 lebih melalui Google adsense dengan beberapa blog ini sebenarnya sayatelah melalui saat-saat sukar dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum mampu untuk mengecapinya.

Jadi jika anda masih lagi gagal hari iniuntuk menjana wang melalui internet,janganlah cepat berputusasa kerana mungkin usaha yang anda lakukan itu belum mencukupi untuk mencapai tahap apa yang anda impikan.

Buangkan sikap & sifat ingin dapat sesuatu hasil yang banyakdengan usaha yang sedikit. Jika anda telah setkan mindset ini, saya pasti anda akan cepat berputus asa dan kecewa jika gagal memenuhi impian tersebut.
Aspirasi Cyber Team

Ketahui Rahsia Mencari Produk!

Seperti yang dijanjikan saya akan ceritakan kepada anda bagaimanauntuk mencari produk untuk diniagakan di Internet. Berdasarkanpengalaman saya menguruskan http://www.galeribatik.com/, saya tidakmengeluarkan wang 1 sen pun untuk membeli produk-produk tersebutdan dijual kembali di Internet.

Ramai yang menganggap bahawa saya mengeluarkan modal ribuan ringgituntuk membeli produk tersebut dan menjualnya kembali di Internet. Mereka silap!

Apa yang saya lakukan ialah konsep Join Venture (JV)! Ya, saya pergike sebuah kedai batik di Kelantan dan saya menyatakan kepada ownerkedai tersebut yang saya mahu memasarkan produk beliau di Internet.Saya terangkan kelebihan-kelebihan menjual produk di Internet ataudengan kata lain meyakinkan beliau tentang potensi perniagaan Internet. Akhirnya beliau setuju!

Nampaknya karier saya sebagai usahawan batik di Internet sudahbermula :) Saya hanya pergi ke kedai beliau untuk mengambil gambarproduk dan masukkanya di Internet. Jika produk tersebut mendapatjualan maka saya akan pergi beli produk di kedai tersebut dan mengeposkan produk tersebut kepada pelanggan.

Selepas beberapa minggu, nampaknya owner kedai batik tersebut sudah mempercayai saya. Saya tidak perlu lagi mengambil gambar danmenghantar produk tersebut. Pihak kedai tersebut akan menghantargambar kepada saya apabila terdapat stok baru dan mereka juga akan mengepos produk kepada pelanggan! Kemudian, saya akan transfer sejumlah wang ke akaun pemilik kedai batik tersebut.

Rosbira, apa yang saya lakukan hanyalah mencari pelanggan di Internet! Kemudian segala hal lain diuruskan oleh pihak kedaitersebut.

Saya berharap anda sudah bersedia untuk bergelar usahawan Internet. Jika sudah bersedia maka anda perlu bertindak sekarang untukmencari produk untuk dipasarkan di Internet.

Pastikan produk tersebut:
[+] Tidak mudah basi
[+] Bukan produk yang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
[+] Mudah untuk dipos kepada pelanggan.

Terlampau banyak yang anda boleh niagakan di Internet. Contohnya seperti tikar Sarawak, barang perhiasan, baju, jam tangandan sebagainya. Lagi beruntung jika anda sudah berniaga secara offline maka anda hanya perlu bawa produk tersebut untuk diniagakan di Internet.

Sekian,


Labanon,
Team FlareBiz,
http://www.flarebiz.com/

Apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untukmenjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya andamempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet.Perkhidmatan anda sendiri adalah "produk" anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakanInternet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia,masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepadaperjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalambidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilanganprospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda.



-Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Masa Dalam Perniagaan

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yangamat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapatmelakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianyadikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masasehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskanwaktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
======================================
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskansegala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untukmerancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalammenyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya olehkerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hariyang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurnadan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalahmenyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yangkurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.

Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentinganini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukanterlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkahdaripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkinsekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sepertimenonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada oranglain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.

Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlumemberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti andamengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya adamasa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalamaudio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukanperkara D!
Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yanganda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalahuntuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaatanda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategibagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudahbersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda datamenyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerjatersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepadakerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang samaiaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perludiambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasanyang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepaskesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasanasal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pastiteruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankanperniagaan ada!



-Irfan Khairi
Untuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan,
lawatihttp://www.irfankhairi.com

20 Ways To Make $100 A Day

I don't usually recommend other people'sproducts that compete with my own, butthis one was just too good to pass up.

It's called '20 Ways To Make $100 ADay' and was written by the elitemembers of the Internet MarketingInner Circle. In it, you'll hear from experts like Willie Crawford, Dr. Mani, Jeremy Estes, Jack Bastide and more. They'll share 20 of their most closely guarded money making ways to earn$100 a day online.

What would you do with an extra $100per day?
If you follow just 2 or 3 of the methods detailed in the report, you can easily earnan extra $6K - $9K per month - which is enough for most people to comfortably live off of. It only takes one tiny bit of knowledge tomake a big difference... and in 200+pages, there's lots of knowledge in there.

Even if you're an experienced internetmarketer there are several techniques inthere you can add to your repertoire fora generous boost of extra income.

Or if you are just getting going in IM, you'll love the way everything is explained in simple steps and great detail - and you should have no problem finding a few thatyou can do right away.
There's something here for everyone and at the price it's at, picking up a copy should be a no brainer decision. Check it out:
http://www.JustinMichie.com/20ways


Cheers,
Justin Michie

THINKING BIG!

Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.

Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana andaboleh membina kedai-kedai tambahan (francais). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkankejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya diperingkat antarabangsa. Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana andaboleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan andaRM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000!

Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengankebolehan seseorang itu dalam "thinking big".

Pepatah Inggerismengatakan: "Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon!"
(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidakkesampaian, anda masih mencapai bulan)

Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebihhebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebatitu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan. :)

Dengan thinking BIG membawa saya kemana saya kini berada. Begitu juga dengan kisah-kisah kejayaan kita pernah bincangkan sebelum ini.


Salam hormat,

-Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet
Irfan Khairi Sdn Bhd.

Hendak Berniaga Perlu Menjual

Bagaimana perniagaan Internet anda sekarang?
Jika ia sedang pesat berkembang, artikel inisesuai untuk anda.
Jika ia sedang tenat, hidup segan mati tak mahu2,lagi sesuai.
Jika anda sedang menunggu bulan jatuh ke ribabaru mahu bermula, memang sah artikel ini utkanda! ;)

Baiklah, dalam perniagaan Internet anda, pastikanproduk anda mempunyai sekumpulan bakal pelangganyang mempunyai kuasa beli yang baik. Ramai peniaga Internet yang cuba menjual produk mereka kepada semua orang. They try to be everything to everybody.

Dan ini salah. Tak kira, apa juga produk yanganda jual. Contohnya: Jika anda menjual selendang di Internet anda perlu "define" pasaran andadengan jelas. Adakah pelanggan anda:
a) Peminat fesyen Hi Class (haute couture)
b) Peminat fesyen Low Budget
c) Lelaki yang Mencari Hadiah Untuk Wanita
d) Peniaga yang Ingin Membeli Dgn Kuantitie) Dsbnya.

Selepas anda mengenali pasaran anda, lebih mudahuntuk anda merangka strategi pemasaran yangkomprehensif. Usaha anda tidak akan sia-sia,kerana ia lebih fokus.

Pelajaran #1 untuk anda:
Nyatakan dengan jelas pasaran anda, supayaanda nyata dan boleh merangka strategi bersesuaian.

Selepas itu, selidiki, apakah produk yang pasaran ini mahu dan jual kepada mereka. Contoh: Jika saya mahu menjual selendang.

Katakan pasaran saya adalah wanita yang gemardengan aksesori dan ada citarasa tinggi.Saya pun mendekati mereka untuk mengetahuiselendang apakah yang mereka mahu. Selendang ada banyak jenis. Ada selendang bawal,air mata, Wardina, Siti dan bermacam lagi. Olehkerana pasaran saya ini bercita rasa tinggi,mereka mungkin tidak mahu selendang bawal yang simple, tetapi meminati selendang Wardina yangbersimpul sana, bersimpul sini tu. Jadi, peluang saya untuk membuat keuntungan akan lebih cerah jika saya fokus menjual selendang Wardina kepada kumpulan ini.

Pelajaran #2 untuk anda:
Pelanggan anda mungkin peminat satu kategori produk.Tetapi mereka tidak akan membeli atau memerlukankesemua produk dalam kategori tersebut, merekahanya memerlukan satu atau dua produk sahaja.

Jadi, cari produk tersebut dan jual kepada mereka.

Bagaimana tips kali ini boleh membantu anda?
Renung kembali perniagaan anda. Adakah ia mempunyaipasaran yang jelas?
Jika ya, tumpukan perhatian anda untuk mencari"winning product" yang dikehendaki.
Jika tidak, cari pasaran anda dahulu, dan kemudianrangka strategi untuk menawan pasaran tersebut.


Sabri,
Pengasas SaifulSham.com
Penulis "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

Penghantaran barangan dalam perniagaan Internet

Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu.

Penghantaran barangan boleh dilakukan melalui perkhidmatan kurier seperti FedEx, UPS, DHL, City Link, Nationwide Express dan lain-lain. Pos Malaysia juga memberi perkhidmatan penghantaran pada kos yang amat efektif.

Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.
Contoh, sekiranya anda membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dari kedai buku, ia berharga RM39.90. Sekiranya anda membeli dari http://www.rahsiainternet.com/, ia juga berharga RM39.90 termasuk kos penghantaran ke alamat pelanggan.

Untuk mengetahui bagaimana untuk memuatkan harga penghantaran ke dalam produk anda, bawa produk anda ke pejabat pos dan minta harga penghantaran untuk destinasi yang paling jauh. Kemudian, masukkan harga tersebut ke dalam kos produk anda bersertakan margin untung yang anda inginkan. Ini membolehkan anda memberi produk anda bersamaan penghantaran percuma!

Peringatan: Rosli, atas sebab yang sama, barangan yang berat adalah tidak sesuai untuk dijual di Internet oleh kerana kos penghantaran yang sangat tinggi!

Oleh,

Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com/

Nak Jual apa di Kedai Online?

"Saya tak ada produk fizikal nakdijual. Boleh saudara cadangkanproduk yang senang untuk sayadapatkan untuk dijual di internet?"

Daripada soalan-soalan yang sayadapat sebegini, saya jangkakanbahawa para pembaca berminat denganproduk Niaga Kit yang ditawarkan.

Cuma masalah mencari produk untukdijual sahaja menjadi halangan.
Untuk tidak menghampakan andadan juga pembaca yang bertanyakansoalan ini, saya berikan beberapaidea untuk anda bermula.

1. Sertai syarikat MLM yangmenjual produk fizikal. Disebabkananda agen syarikat tersebut, andaboleh menjual produk mereka padaharga runcit dan dapatkan keuntungan20%-50% bagi setiap produk. Pastikananda semak dahulu peraturan untukanda menjual produk MLM anda.

2. Tukarkan produk digital kepadaproduk fizikal. Sebagai contoh,jika anda mempunyai ebook sendiri,jadikan ebook tersebut dalam bentukCD yang boleh dihantar kepada pembeli.Anda juga boleh gunakan produk yangmempunyai lesen jual semula (sepertiebook Rahsia Bisnes Digital) untuktujuan ini.

3. Cari rakan niaga produk fizikalyang bersesuaian dengan bisnesanda. Lelong.com.my dan Ebay.com.mymerupakan di antara laman web yanganda boleh mulakan untuk mencarirakan niaga yang boleh menyediakanproduk untuk anda jual. Salah satuidea lagi ialah menyediakan kedaionline bagi rakan niaga anda inidan bahagikan keuntungan yang anda dapat daripada menjual produk inidi kedai online anda.

4. Hubungi pengarang buku ataupunpenerbit buku yang anda kenali dannyatakan hasrat anda untuk menjualproduk mereka di internet. Andaboleh cadangkan harga buku merekayang bakal anda jual (mungkin padaharga diskaun) dan juga harga borong yang anda setuju untuk beli daripada mereka.

5. Aplikasikan strategi "dropshipping"di mana anda cuma iklankan produkdi kedai online anda dan selepaspesanan dan bayaran diterima daripadapelanggan, anda akan mengarahkan stokisatau syarikat 'dropshipping" tersebut untuk menghantar produk kepada pelanggan anda.

Zamri Nayan
http://rahsia.bisnesdigital.com/

Pendapatan Aktif & Pasif: Yang Mana Pilihan Anda

Oleh kerana anda sudah agak lama melanggan tip kekayaan daripadasaya, anda tentu sudah biasa dengan "Pendapatan Aktif & Pasif"

Jika anda sudah terlupa, saya ingatkan semula di sini:

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)
Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti!
(Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyakwang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:
- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif, mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupanorang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya manaseperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidakmempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpadengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.
Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkandaripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampakkaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji sepertikebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akanmemberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda sukaketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasifsetiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh andabuat kajian :
* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

“Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”
Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan di atas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti ;)

Demi Kejayaan Anda,
Mohd Nizam & Ramli

Merancang Dan Dapatkan Hasil

Saudara, tidak kira di mana sahaja di dunia, kebolehan merancang danmendapatkan hasil adalah tugasan yang paling berharga sekali. Tidakkira dalam bidang politik, keluarga atau individu, merancang akandapat membuahkan hasil yang lebih teratur dan baik.Begitu juga dalam perniagaan. Untuk menjadi usawahan yang berjaya,kebolehan merancang dan mendapatkan keputusan adalah amat penting.Sebelum memulakan apa sahaja perniagaan, satu perancangan yanglengkap perlu diadakan (jangan nak main terjun sahaja!).

Apabila perniagaan sudah dimulakan, perancangan masih diperlukan dalammenganalisa strategi pemasaran untuk mengembangkan perniagaan anda.Apabila perniagaan anda sudah maju, perancangan masih diperlukanuntuk memastikan perniagaan anda mendapat pasaran terbesar dantidak diambil oleh pesaing anda!Dalam setiap peringkat perniagaan, perancangan dimestikan dan tidakpernah ditinggalkan oleh usahawan yang berjaya. Usahawan yangberjaya akan sering tanya pada diri sendiri:
- Apakah keputusan yang diinginkan dalam perniagaan ini?
- Bagaimana keputusan itu dapat dicapai?- Siapa yang dapat membantu mengembangkan perniagaan ini?
- Apakah kebolehan atau ilmu tambahan yang saya perlukan untuk mengembankan perniagaan ini?

Kebolehan anda untuk mendapatkan hasil dan bertanggungjawab ataskeputusan anda adalah tanda seorang usahawan yang gemilang. BERI LEBIH DARIPADA APA YANG DISANGKAKAN Kunci kejayaan sesuatu perniagaan adalah untuk melakukan lebihdaripada apa yang disangkakan. Bak kata mat salleh, "Go the extramile!". Maksudnya adalah untuk anda melakukan tugasan anda dalamperniagaan lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang lain.

Kebiasaannya, seorang pekerja hanya akan melakukan tugasannyaapabila disuruh. Pekerja akan melakukan kerja berdasarkanpendapatan yang diterima. Tetapi, untuk menjadi usahawan yangberjaya, menteliti sebagai "pekerja" tidak lagi boleh disimpan.

Pelanggan akan mengetahui bahawa anda sanggup bekerja ekstra untukmemenangi hati mereka. Usahawan lain juga akan dapat melihatpeluang bekerjasama dengan anda oleh kerana anda berusahasekeras-kerasnya dalam perniagaan anda. Melakukan kerja lebihdaripada apa yang disangkakan akan membuka pintu rezeki kepadaperniagaan anda.

MEMASAR DAN MENJUAL!Ini adalah kunci utama kejayaan sesuatu perniagaan- pemasaran danmenjual! Tahukah anda bahawa lebih 95% perniagaan baru gagal dalamtahun pertama ia ditubuhkan? Ya, statistik ini amat mengejutkanbagi bakal-bakal usahawan. Namun, sekiranya anda mempunyaicirri-ciri usahawan yang berjaya, ia dapat menjauhkan daripadastatistic ini.Kebolehan memasar dan menjual apa yang anda niagakan adalah nadi kepada apa jua jenis perniagaan.

Kebolehan yang diperlukan adalah:
- Kebolehan berkomunikasi
- Kebolehan merunding
- Kebolehan memujuk pembeli membeli
- Kebolehan menjual produk atau perkhidmatan anda

Kunci kejayaan apa jua perniagaan adalah jualan dan keuntungan yangtinggi. Tanpa kebolehan "menjual", matlamat sesuatu perniagaantidak dapat dicapai. Aliran wang (cash flow) adalah amat pentingdalam perniagaan dan aliran wang hanya akan diperolehi melaluimenjual produk dan perkhidmatan anda.

Oleh kerana menjual adalah amat penting dalam perniagaan, pelajarikaedah-kaedah menjual melalui buku-buku, seminar perniagaan danjuga seminar komunikasi.Bertahun-tahun dulu, saya merupakan seorang yang agak pendiam dansukar berkomunikasi dengan sesiapa sahaja- apatah lagi menjual! Ianya selepas saya memperbaiki kelemahan saya dalam komunikasi,saya mula dapat melihat kejayaan dalam perniagaan saya berkembangmelalui pemasaran dan jualan yang meningkat.

Dua tip dalam menjual:
1. Seseorang itu tidak dilahirkan boleh menjual! Menjual adalahsuatu kebolehan yang boleh dipelajari. Seperti menunggang basikal,ianya agak sukar pada peringkat awal. Tetapi, apabila berkali-kali melakukan perkara yang sama, ia menjadi semakin mudah.
2. Komunikasi adalah penting dalam perniaagaan. Namun,berkomunikasi bukan sekadar maksudnya banyak bercakap! Tetapi jugauntuk bijak mendengar. 85% kejayaan anda adalah bergantung kepada mereka di sekeliling anda. Pelajari kaedah berkomunikasi, mendengar,memujuk, persembahan untuk mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dalam membantu menjayakan perniagaan anda.

FAHAMI ANGKA PERNIAGAAN

Di mana kebolehan utama seseorang usahawan yang berjaya seperti yangtelah dibincangkan adalah yang melibatkan apa yang dapat dilihat oleh orang ramai, namun jangan sesekali mengabaikan perkara-perkarayang tidak dapat dilihat oleh orang ramai- iaitu angka-angka perniagaan anda!Kebanyakan usahawan lebih fokus kepada strategi memajukan perniagaan dengan memberi tumpuan kepada pekerja, pelanggan, produk, perkhidmatan dan pemasaran sehinggakan melupakan isupenting iaitu penyata kewangan.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam bidang perakaunan, tetapi, apayang penting adalah untuk anda fahami penyata kewangan anda.Tugasan mengurus penyata kewangan boleh diagihkan kepada merekayang lebih bertauliah. Namun, sebagai usahawan yang berjaya, andaperlu memahami pengiraan wang dalam penyata kewangan anda supayawang yang masuk tidak menjadi wang keluar sehingga menjejaskankeuntungan keseluruhan perniagaan anda!

TIDAK PUTUS ASA MENCUBA

Saudara, seperti yag dikatakan sebelum ini, 95% perniagaan akan gagal. Ini bermaksud, anda hanya mempunyai 5% peluang untuk berjaya! Sedih bunyinya bukan? Kunci terkahir adalah tidak berputus asa! Anda kenali manusia terkaya didunia, Bill Gates. Tahukah andabagaimana beliau menjadi manusia terkaya dalam perniagaannya yangboleh dikatakan yang paling berjaya di dunia? Pada ketika ini sahaja Microsoft sedang membangunkan dan menguji lebih darpada 1,600 produk dan perkhidmatan yang balum lagi dipasarkan di mana kebanyakannya tidak akan dipasarkan pun dan dikira sebagai projek gagal.

Mengapa begini? Microsoft tahu bahawa lebih banyak mencuba, maka lebih banyak peluang menjumpai kejayaan. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang tidak putus asa dalam usahanya untuk menjumpai 5% peluang kejayaan itu. Walaupun dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, rezeki tersebut tidak akan tercapai sekiranya anda tidak mendalami ilmu perniagaan. Ambil langkah demi langkah dan pelajari selok belok perniagaan. Kejayaan perniagaan akan datang kepada anda sekiranyaanda mendalami ilmunya.


-Irfan Khairi

Pelanggan Tanpa Had

Untuk memulakan perniagaan Internet, tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal. Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya...), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet. Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah "produk" anda. Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka.

Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan. Di workshop mini ini, saya akan kongsikan startegi-strategi khas untuk mereka dalam bidang perkhidmatan bagi mendapatkan lebih ramai prospek dan lebih ramai pelanggan melalui Internet. Semoga anda pula mendapat PELANGGAN TANPA HAD!

Ifran Khairi
http://www.rahsiainternet.com/

Tips Kejayaan Bisnes Internet

Menjadi trend terkini, berlumba-lumba orang ingin menjanapendapatan di internet bagi menampung kos hidup seharian.Ada yang berangan-angan mahu mengikut jejak JutawanInternet, Dr Irfan Khairi dan yang lain-lain. Namun,bagaimana mereka melakukannya?

1. Melabur untuk ilmu

Sebelum anda menjalankan bisnes yang berdaya saing, sudah tentu anda seharusnya 'belajar' sedikit sebanyak dari orglain tentang bisnes yang menguntungkan. Sebab itulah ramai usahawan, bakal-bakal usahawan pergi ke seminar, bengkel, beli buku, baca artikel, mendapatkan maklumat melalui forum, blog dan sebagainya di internet yang membolehkan mereka mendapatkan tips² dan info tentang perniagaaninternet. Apabila kita mahu menceburi sesuatu perniagaan,pastikan anda mempunyai 'ilmu' supaya perniagaan dapat berjalan dgn baik dan tidak tersekat di separuh jalan.

Tidak hairanlah orang sanggup invest duit beribu ringgituntuk beli buku dan pergi seminar belajar dari sifoo² ebizyang handal. Mereka ini serius dan sudah pasti tips² dari sifoo mereka itu memberi inspirasi yang jitu bagi merekaberusaha mencapai impian yang diinginkan.

2. Cara berfikir yang positif

Apabila anda berfikiran positif dan yakin boleh dalammelakukan sesuatu perniagaan maka ia telah memberi satuperangsang dalam menjayakan apa yang kita laksanakan. Anda seharusnya bijak menggunakan pemikiran dan mengawal emosi dari bertindak terburu-buru. Usah cepat give up apabilagagal mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan, ia sebenarnya salah satu ujian untuk anda mencapai kejayaan,gagal bukan bererti selamanya, gagal itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.

3. Product atau Service ?

Ini sesuatu yang penting dalam perniagaan internet. Anda seharusnya membuat research untuk menjalankan ebiz anda dgn lebih baik. Sama ada produk atau servis kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri, apa yang pentingkembali kepada asas. Apa yang menyebabkan orang membeliproduk atau servis anda ? Di situ anda akan belajar sedikit tentang demand dan supply, permintaan dan penawaran. Tanpa ada demand sudah tentu tiada org yang membeli produk/servis anda. Sebab itu anda tawarkan sesuatu yang orang mahu beli, sesuatu yang bernilai dan berkualiti.

Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk atau servis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungandari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan caraaffiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana andatidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluarbarangan/servis itulah yang menyediakan barangan danmembayar komisyen kepada anda Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaanserta persekitaran anda. Contohnya Strenght (kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses (kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yanganda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dancabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi 'clue'dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan boleh anda laksanakan.

4. Mencari 'target market'

Setelah anda mempunyai hot product atau services sudahtentu ada permintaan atau demand daripada product/serviestersebut.. Inilah dinamakan target market. Siapakahgolongan sasaran anda ? siapa pembeli anda? umur mereka,jantina, status kerjaya, minat, hobi dan sebagainya yangboleh anda ketahui. Ini penting apabila kita mengetahui dgn baik latarbelakang target audience atau target market maka kita akan mudah membuat rangka promosi dan marketing product /services anda.

5. Sistem Pemasaran yang efektif

Setelah anda mempunyai hot product or services danmengenali target market anda sudah tentu tiba masanya yangpraktikal melaksanakan agenda 'marketing'. Ini kerana tanpaproses marketing ia akan menjadikan bisnes itu tidakberfungsi, sebab itu pentingnya marketing sebagai salahsatu langkah utama dalam survival bisnes...

Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ? Iniadalah soalan yang biasa ditanya oleh banyak org dalammenceburi Perniagaan Internet Ramai orang tahu bisnes tapi tak ramai yang tahu akan aspek marketing. Kenapa ? Ini adalah kerana marketing adalah bahagian yang paling subjektif sekali. Marketing adalah satu seni utk mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda kepada orangramai.

Tidak kisahla anda guna saluran apa pun seperti saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, businesscard, viral marketing, etc, setiap satu itu ada keberangkalian dan potensi utk mendapatkan 'customer'.Adakalanya promosi secara poster lagi berkesan daripada viral marketing dan begitulah sebaliknya. Ia mempunyai hasil yang berbeza. Jadi, berbalik kepada soalan kita. Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ?. Ia sebenarnya berkait rapat mengenai 'return on investment(ROI)' .

Pemasaran efektif ini melibatkan hasil yang banyak dengan apayang kita dah laburkan. Contohnya banyak orang laburkan RM150 utk iklankan produk di Berita Harian bahagian teks dibawah artikel selama seminggu. Dan mereka mendapat purata10 org pelanggan dalam masa seminggu. Dan setiap pelanggan memberi keuntungan sebanyak RM20 dan bermakna net profit RM20 x 10 org = RM200 seminggu dan mereka juga buat iklan di dalam web Cari.Com.My dengan kadar RM150 seminggu danpurata pelanggan sebanyak 1 org sahaja iaitu keuntungan RM20 x 1 org = RM20 seminggu.

Dalam kes di atas iklan di berita Harian lebih efektif berbanding Cari.Com.My . Jadi di sinilah kajian ROI (returnon investment) dibuat dengan bijaksana iaitu melaburkan lebih banyak di Berita Harian untuk menjana keuntungan yang maksimum, walaupun kadar atau bayaran marketing rm150 samadi Berita Harian dan Cari.Com.My tetapi yang paling mendatangkan banyak hasil ialah Berita Harian.

6. Website sebagai business tools yang paling efektif

Kebanyakan usahawan internet mempunyai website masing².Ada yang buat simple website hanya dengan oline order form,ada yang buat portal shopping cart, malah ada juga yanghanya buat blog. Tidak kisahla apa jua bentuk web tetapi iatetap boleh dilayari melalui Internet dan dari Internetitulah mereka generate income.

Dan mengenai website, apa yang perlu anda ketahui tentangwebsite ? Senang sahaja. Anda kena mengetahui caramembangunkan web ebiz yang paling berkesan dan efektif.Bagaimana? Ikuti tips di bawah :

a. Web hosting dan domain name yang praktikal

Biasanya web hosting dgn 1GB mudah didapati sekarang inidengan pelbagai promosi, yang penting cari provider yangboleh beri online support yg bagus. Sekurang-kurangnya,kalau ada downtime mereka akan cepat2 settlekan. Dancarilah web hosting yang menggunakan Cpanel, kerana Cpanelmempunyai banyak kelebihan, contohnya installshopping cart sendiri, blog sendiri, forum, guestbook danyang lain-lain.

Domain name pula tak perlulah panjang atau mengelirukan.Cukup domain name yang senang diingati contohnya sepertiyahoo.com , panduanhtml.com , google.com etc. Domain nameyang simple dan senang ingat adalah satu kelebihan.

b. Design yang simple dan sistem dan fungsi yg menarik

Web ebiz tak perlu design² yang gempak dan heavy. Kenapa? Ini kerana kita mementingkan konsep user friendly.Sekiranya web ebiz siap dengan flash kemudian graphic yangterlampau banyak sehingga memakan masa untuk loading, makaalamatnya pengunjung akan 'keluar' dari website anda keranatak sanggup menunggu web loading yang lembab. Cukuplahdesign yang simple dan focus pada bisnes anda.

c. Testimoni

Boleh muatkan testimoni dan pandangan pelanggan mengenai produk/services anda. Ia sedikit sebanyak mempengaruhipengunjung dan menjadikan website anda sebagai iklan yangpaling efisien. Pendekatan ini banyak digunakan olehInternet marketers bagi melariskan produk/servis mereka. Soboleh memanfaatkan testimoni utk dimuatkan di dalam website anda.

Salam usahawan,

Mazlie Nadzri