Pelanggan Tanpa Had

Untuk memulakan perniagaan Internet, tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal. Sering saya ditanya oleh kenalan-kenalan saya dalam bidang perkhidmatan (seperti ejen insurans, ejen kewangan, ejen hartanah, konsultan, penasihat, pemilik nursery dan sebagainya...), bahawa mereka tidak mempunyai produk untuk dijual di Internet. Maka, apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untuk menjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya anda mempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet. Perkhidmatan anda sendiri adalah "produk" anda. Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakan Internet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka.

Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepada perjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan. Di workshop mini ini, saya akan kongsikan startegi-strategi khas untuk mereka dalam bidang perkhidmatan bagi mendapatkan lebih ramai prospek dan lebih ramai pelanggan melalui Internet. Semoga anda pula mendapat PELANGGAN TANPA HAD!

Ifran Khairi
http://www.rahsiainternet.com/

No comments: