5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Oleh: Irfan Khairi

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.

Strategi peperangan dalam bisnes

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.

Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.

Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

Baca seterusnya ...
Oleh: Irfan Khairi

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Kisah Motivasi Seorang Remaja Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun

Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18
tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika
beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya
bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background
MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut
beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak
memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan
beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai
remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-
layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web
beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja
pengguna MySpace seluruh dunia.

2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi
ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG
SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah
berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari
website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000
sebulan.Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-
limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti
Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan
pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah
beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang
terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace
beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau
datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di
web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang
merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada
harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya
meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.

Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri


Ikhlas,
Team Aspirasi Cyber

Kenapa Entrepreneur GAGAL Mencapai Impian Mereka?!

Pesanan Peoplepreneur Community:

Kenapa Entrepreneur GAGAL Mencapai Impian Mereka?!

Kebanyakan entrepreneur menyedari perniagaan itu merupakan sesuatu HEBAT seperti yang kita ketahui 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Ramai yang menceberi bidang perniagaan dengan harapan untuk memperolehi kekayaan dan kesenangan maka bidang perniagaanlah yang sepatutnya mereka pilih. Namun demikian, "langit tidak selalunya cerah", tidak semua perniagaan yang entrepreneur jalankan mendatangkan hasil yang begitu memberangsangkan. Mengikut statistik,

* 80% entrepreneur baru gagal dalam masa 2 tahun
* 80% entrepreneur gagal dalam masa 3 tahun berikutnya

Ini bermakna hanya 4% sahaja entrepreneur yang benar-benar boleh bertahan selepas 5 tahun operasi.

Dimanakah kedudukan anda? Umum mengetahui banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Modal, persaingan, pengurusan, pemasaran, produk yang bagus dan sebagainya merupakan fenomena yang biasa anda tempuhi. Namun untuk survival, saudara / saudari perlu mendapatkan nasihat daripada pakar khususnya pakar yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Jika kita lihat orang yang berjaya seperti Tiger Wood, beliau masih lagi mempunyai jurulatih yang terus membimbingnya untuk berjaya. Begitu juga dalam perniagaan, Saudara / saudari perlu mempunyai mentor untuk membantu saudara / saudari supaya terus berjaya.

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Oleh: Irfan Khairi

Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh...

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Teknik nak dapat wang dengan pantas di internet

Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan Langkah
Pertama Dalam IM.

Sebelum ini saya ada nyatakan 3 perkara yang buat masa
ini anda harus fahami ialah (dipetik daripada email yang
lepas) :


1. Fahami 'overall picture' dunia IM itu sendiri
2. Kenali model-model perniagaan dalam IM
3. Tetapkan pilihan peluang penjanaan wang di internet untuk
anda bergiat lebih serius


Baiklah, mari kita pergi kepada perkara yang pertama
iaitu memahami 'overall picture' dunia IM.

Selama saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan
pemasaran di internet, saya telah dapati dunia penjanaan wang
melalui di internet ini terbahagi kepada 2 kategori yang besar.

Kategori yang pertama ialah "Make Money Online" (Buat duit di
internet) & yang kedua ialah "Build a Real Internet Business" (Bina
perniagaan internet yang sebenar).

Sebagai seorang IM, walau apa pun yang kita lakukan di
internet dalam usaha kita menjana pendapatan melaluinya,
kita haruslah tahu membezakan kedua-duanya dengan jelas.

Untuk kategori pertama iaitu "Make Money Online"
ia bermaksud anda hanya boleh mendapatkan duit dari internet
jika anda melakukan kerja, hasil usaha anda dengan keras
secara terus dan berulang-ulang.

Konsep ini sama sahaja jika anda makan gaji. Anda lakukan
promosi, gunakan teknik-teknik yang terbaru dan terhangat
di pasaran, seterusnya anda berpotensi untuk mendapatkan
wang melalui internet.

Pepatah mengatakan "You trade your time for money".

Sebagai contoh affiliate dan AdSense. Kedua-dua contoh ini
adalah cara penjanaan wang melalui internet di bawah kategori
"Make Money Online".

Tak mustahil untuk anda mendapatkan komisyen daripada
hasil penjualan produk-produk affiliate dalam masa yang lebih
singkat.

Make Money Online ini lebih bersifat jangka masa yang singkat
dalam penjaanaan wang di internet.

Contoh yang pernah saya lakukan, dulu saya pernah mempromosikan
suatu produk digital yang berharaga RM30, kemudian saya
tawarkan rebate sebanyak RM10 kepada pembeli yang membeli
melalui link affiliate saya. Saya hanya melakukan promosi ini
di forum WangCyber.com

Pada keesokkan harinya, dah ada orang yang membeli melalui
link affiliate saya.

Tak percaya, anda boleh cuba aplikasikan teknik ini di forum
Wangcyber tu, sure jadi punya :-)

Selain itu, saya juga pernah menjalankan kerja-kerja freelancing
(menyediakan perkhidmatan bebas) di internet. Ini juga salah-satu
daripada teknik penjanaan 'wang pantas' di internet.

Boleh dikatakan lah juga cara ini adalah cara yang menjamin
untuk anda mendapatkan wang melalui internet. Kira confirm
dapat duit punya lah. Jika anda buat kerja seperti apa
yang diminta oleh pelanggan.

Jika anda ingat lagi di laman biodata saya, ada saya nyatakan
saya pernah menyediakan perkhidmatan translation. Saya
menyediakan perkhidmatan menterjemah artikel-artikel dan ebook
berbahasa Inggeris ke bahasa Malaysia.

Tetapi sekarang saya dah tak buat lagi servis tersebut.

Menyediakan perkhidmatan menterjemah ini merupakan
salah-satu daripada perkhidmatan yang mempunyai permintaan
yang tinggi di internet. Selain itu anda juga boleh menyediakan
perkhidmatan design laman web atau grafik.

Untuk kerja-kerja freelancing ini, anda memerlukan bakat.
Tak da bakat? Tak apa, bakat tu kan boleh diasah. Betul tak.

Kesimpulan yang boleh kita buat melalui kategori "Make Money
Online" atau buat duit di internet adalah ia bersifat jangka masa
singkat atau sama sahaja konsep dengan kerja makan gaji, selagi
anda buat kerja secara terus, selagi itulah anda berpotensi
untuk menjana duit di internet.

Kategori buat duit di internet (Make Money Online) ini juga
boleh saya klasifikasikan di bawah pendapatan aktif
(tentu anda ingat lagi mengenai perkara ini yang telah saya
kongsikan dalam ebook Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar
saya tu mukasurat 43. Pendapatan aktif VS. pendapatan pasif)

Ok, setakat ini sahaja email saya pada kali ini, pada email
seterusnya kita akan membincangkan pula mengenai membina
perniagaan internet yang sebenar (build a real internet business).





Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

Ketahui cara mudah hapuskan hutang

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

Sila gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Hisham

ANTARA BLOG & LAMAN WEB

Oleh : Irfan Khairi

Ada yang tanya, yang mana lebih penting- sama ada memiliki laman web, ataupun memiliki blog?

Blog lebih kepada soft sell. Maksudnya kewujudan blog adalah untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan kita. Melalui blog yang interaktif, usahawan dapat berkongsi maklumat dan sedikit sebanyak menciptakan"no barrier to entry" dengan berkongsikan maklumat. Kredibiliti akan meningkat, maka mewujudkan
kemesraan dan kesenangan bersama pengunjung.

Laman Web lebih kepada hardsell. Maksudnya kewujudan laman web adalah untuk membuat jualan. laman web sering memuatkan surat jualan atau salesletter untuk menekankan jualan sesuatu produk. Laman web sering kali bersifat statik dan tidak mempunyai interaksi sesama usahawan dan pelawat.

Apabila digabungkan kedua-dua elemen soft sell dan hard sell ini, ia memudahkan lagi segala jualan.

Contoh...

Pelawat akan melayari IrfanKhairi.com/blog (blog) yang mengandungi maklumat. Kepercayaan & kredibiliti terbina dengan perkongsian informasi di dalam blog (soft sell). Di blog juga terdapat iklan Mentor Jutawan yang menghalakan pelawat untuk
melawati IrfanKhairi.com/mentor (laman web). Laman web ini pula berfungsi untuk membuat jualan ebook mentor Jutawan (hard sell).

Jadi, yang mana lebih penting, samaada blog atau laman web?

Jawapannya- kedua-dua penting oleh kerana kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza dan saling meemrlukan antara satu sama lain.

MENJADI JUARA, PULANGAN BERGANDA

Oleh: Irfan Khairi

Setiap masa, juara mendapat pulangan berkali ganda berbanding tempat ke-dua.

Contohnya, dalam perlumbaan lumba lari, juara mendapat RM10,000, mana kala tempat ke-dua mendapat RM5,000.

Adakah ia bermaksud juara perlumbaan tersebut adalah 2 kali ganda lebih laju dari yang mendapat tempat ke dua? Semestinya tidak. Mungkin, hanya lebih laju pada masa satu saat sahaja! Tetapi, pulangan berganda 2 kali ganda.


Begitu juga dalam hidup harian dan perniagaan. Sekiranya kita menjadi juara bidang kita, pulangannya adalah berganda berbanding dengan pesaing kita yang ditempat kedua... ketiga... dan lain-lain.


Misi anda dalam hidup sekiranya untuk mendapat pulangan berganda adalah untuk menjadi juara dalam bidang anda. Tidak semestinya anda hebat berkali-kali ganda berbanding dengan pesaing anda. Pada hanya kehebatan melebihi pesaing anda sedikit sahaja, pulangan pun boleh berganda :)

Sekiranya anda inginkan kemewahan dan kekayaan dalam perniagaan, anda perlu menjadi lebih baik dari mereka di dalam bidang anda.

Pasaran pendapatan adalah adil. Pasaran akan memberi pulangan yang hebat kepada mereka yang hebat di dalam industri masing-masing. Sekiranya anda menjalankan tugas sambil lewa, pulangan anda terima juga adalah sambil lewa. Sekiranya anda menjalankan tugas sederhana, pulangan anda juga turut sederhana.

Pastikan anda berusaha untuk mencapai apa yang dicapai oleh 10% teratas mereka yang mendapat pulangan tinggi dalam industri anda. Ini memerlukan usaha anda sendiri dalam memperbaiki ilmu dan mengaplikasikan ilmu tersebut.

Bolehkah anda namakan antara top 10% juara income earners didalam industry anda?

Jadilah juara dalam bidang anda sendiri!

Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan

Anda akan jadi daripada apa yang anda gambarkan. Ya, satu ‘kuasa’ yang saya sendiri sudah merasainya.

Contohnya, sekiranya andasangat takut bercakap di hadapan orang ramai, cuba berlatih dengan menggambarkan anda boleh bercakap dihadapan orang ramai, sangat berkeyakinan dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan orang dihadapan anda.

Sekiranya andamahu menjadi usahawan, gambarkan anda sudah menjadi seorang usahawan. Sudah mempunyai perniagaan yang berjaya, sudah mempunyai bangunan perniagaan anda sendiri, sudah mempunyai pekerja sendiri.

Kebanyakan orang selalu membuat penghakiman terhadap diri sendiri dengan ayat-ayat seperti berikut:

“Aku tidak boleh buat“, “Aku takde masa“, “Aku tak yakin“,

Dan seribu satu perkataan yang disebut merendahkah kemampuan diri tanpa disedari.

Apa yang perlu anda lakukan adalah menterbalikkan pemikiran tersebut. Tukar “aku tidak boleh buat” kepada “aku boleh buat”

Tukar diri anda daripada “aku tak yakin” kepada “aku yakin boleh buat“.

Selalulah bercakap dengan diri sendiri anda melalui bisikan hati. Ini memang selalu saya lakukan. Kadang kadang, timbul dalam diri hati tidak yakin, tapi saya akan
cepat-cepat lawan dengan mengatakan saya yakin saya boleh buat.

Mengikut apa yang saya baca, disarankan anda melakukan 6 kali sehari. Tapi waktu yang paling disarankan sebelum tidur dan selepas anda bangun pagi.

Apabila anda berjaya melakukan perkara ini, semakin meningkatlah keyakinan diri anda, semakin hampirlah kepada apa yang anda impikan.

Seperti kata Ralph Waldo Emerson,

“Percaya kepada diri sendiri adalah rahsia untuk kejayaan”

Semoga bermanfaat,

Mazlie Nadzri

3 Tips Bahaya Bina List

Dalam kita membina 'mailing list' sama ada
melalui Aweber atau GetResponse atau apa saja,
saya syorkan kepada anda agar mengelak daripada
3 cara bahaya yang saya akan nyatakan di bawah.

------------------------------------------
Cara Bahaya # 1 :
Menggunakan sistem autoresponder PERCUMA adalah
pantang larang yang pertama mesti jauhi.
------------------------------------------

Ini kerana sistem mereka tak stabil.
Walaupun sistem autoresponder berbayar
agak mahal, tapi sangat berbaloi.

Lihat apa yang saya dapat perolehi apabila
saya mempromosi affiliate melalui 'mailing
list' saya, menggunakan sistem autoresponder
canggih :


Affiliate Rahsia 10K Labanon
Dapat Johan : Komisen RM2,100

Affiliate Ecover Luvlee
Dapat Johan : RM500 ++

Affiliate Rahsia ClickBank
Tempat Ke-6 : RM 3,000 +++

Affiliate Duit Mania
Tempat Ke-8 : RM 933.00

Dan banyak lagi pencapaian saya yang tak
seberapa.


Bagi kedudukan 6 & 8 di atas, saya dapat pun
kerana saya buat secara sambilan je,
tak lah fokus sepenuhnya.

Kalau saya fokus, entah2 jadi johan pula. :)
Gurau je.

Psst ... Tapi tak mustahil, kan?

Tapi sayang, kerana saya dapati ramai yang masih
berkeras untuk menggunakan sistem autoresponder
percuma.

Saya sendiri mendapatkan Getresponse sebagai
sistem autoresponder berbayar saya.

Dapatkan sistem autoresponder canggih di :

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=oHOV&mc=3&s=mvOgz&y=9&



------------------------------------------
Cara Bahaya # 2 :
Jangan promosi produk baru setiap hari.
------------------------------------------

Walaupun anda mempunyai list hampir 10,000
seperti saya sendiri, itu bukanlah secara mutlak
bermakna perlu sentiasa
mempromosi demi promosi.

Ingat, anda bukanlah seorang salesman.
Anda adalah usahawan internet yang tak lokek
berkongsi ilmu, tips-tips atau produk percuma
kepada para subscribers anda.

Jangan sampai satu masa nanti, para subscribers
akan keluar dari sistem autoresponder anda.

& bila promosi sesuatu produk,
pastikan produk tersebut adalah berkualiti
& berguna kepada subscribers anda, bukannya
produk sampah.

... Iaitu produk yang difikirkan bakal
menjadikan subscribers anda lebih hebat
daripada anda sendiri.

Itulah keikhlasan seorang usahawan
internet.


------------------------------------------
Cara Bahaya # 3 :
Jangan guna cara spam.
------------------------------------------

Dalam banyak-banyak email yang saya terima,
banyak juga email spam yang sampai
sama ada ke junkmail saya atau ke inbox saya.

Jika cuba melakukan spam seperti ini,
ia hanya sia-sia & membuang banyak masa anda.

Dahlah menjatuhkan kredibiliti anda, malah
membazirkan masa.

Orang yang buat spam selalunya adalah orang
yang tak kita kenali, & dah tentu email
mereka akan tak dipedulikan.

Jadi, nasihat saya, tak ada lagi alasan untuk
membuat kaedah spam.


Mawardee Online Business

Bagaimana Melariskan Jualan

Q: Bagaimana kita dapat melariskan jualan ?

A: Untuk melariskan jualan, apa yang perlu ada adalah keunikan. Keunikan ini merupakan satu agen yang dapat menghasilkan kelainan. Pelanggan pula sukakan kelainan
dan yang paling penting, menguntungkan mereka.

Setiap orang itu mempunyai kreativiti yang berbeza, dan setiap perniagaan itu juga memerlukan kreativiti yang tersendiri untuk berjaya. Jadi, buat sedikit
BRAIN STORM untuk mendapatkan keunikan bagi perniagaan anda.

Sebagai contoh, seorang pengusaha restoran itu berniaga di dalam kawasan yang mempunyai 10 restoran yang hampir sama, kesedapan makanan yang sama dan harga yang sama.

Akan tetapi, jika pengusaha restoran itu mempunyai kreativiti yang tersendiri, beliau mungkin akan menyediakan manisan mulut secara PERCUMA kepada semua
pelanggan yang hadir ke restorannya. Dengan keunikan seperti ini, sudah tentu restoran tersebut mendapat tempat di hati pelanggan.


Ikhlas,

Anwar Yassin

Bagaimana Mempromosikan Website

Q: Bagaimana kita boleh mempromosi website kita ?

A: Berbagai cara boleh digunakan untuk mempromosikan
laman web/blog kita. Antara cara-cara yang dianggap
popular adalah;

1.Memberi komen di blog orang lain dan tinggalkan url
milik anda di sana.

2.Mengiklankan blog/laman web anda di iklanpercuma.com.

3.Menyertai forum yang berkaitan dengan niche yang
anda pilih dan kemudian letakkan url anda sebagai
signature di sana.

4.Letakkan alamat laman web anda sebagai signature di
setiap e-mail yang anda hantar.

5.Hantar alamat blog/laman web anda ke direktori blog/
laman web.

6.Tulis satu artikel yang berkaitan dengan topik yang
anda pilih, kemudian tambah url anda di akhir artikel
tersebut dan submit ke direktori artikel seperti
ezinearticles.com


Ikhlas,

Anwar Yassin

Ketahui Cara Berkesan Untuk Menjadi Kaya!

Pernahkah anda membaca buku The Secret?

Buku ini sangat bagus menerangkan bagaimana untuk kita berjaya dengan menggunakan salah satu anugerah Tuhan yang tiada nilainya iaitu minda. Salah satu tip yang menarik cuba disampaikan dalam buku tersebut ialah sentiasa bersyukur.

Ya, itulah sebenarnya kunci untuk menjadi kaya.

Ramai yang masih tidak menjadi kaya kerana tidak mengamalkan kunci kekayaan ini. Tidak perlu menilai orang lain, nilailah diri kita sendiri. Adakah kita bersyukur dengan pendapatan yang anda perolehi sekarang?

Jika tidak, bagaimana Tuhan ingin memberikan kita pendapatan yang lebih banyak lagi? Analogi mudah ialah saya memberikan anda RM10 dan anda dilihat mengambil wang tersebut dan berlalu tanpa mengucapkan terima kasih.

Saya pasti tidak akan memberikan anda wang lagi!

Namun kita masih bertuah kerana Tuhan masih memberikan kita rezeki lagi dan di dalam agama Islam sendiri sering menekankan konsep bersyukur ini. Hikmahnya ialah Tuhan pasti menambah lagi rezeki tersebut selaras dengan firman Allah yang berbunyi:

"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya juga jika kamu kufur ingkar, adalah azabKu itu amat keras."

Saudara, saya berharap anda terus bersyukur dengan apa yang ada dan saya percaya walau Agama apa sekalipun yang anda anuti pasti menekankan supaya kita bersyukur dan terus berusaha membaiki kekurangan yang ada.

Saya tahu masih ramai yang terus menyalahkan takdir dengan apa yang menimpa diri. Sebenarnya, anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda.

Anda telah diberikan rezeki dan cukup untuk makan sekeluarga. Adakah anda fikir itu merupakan perkara biasa? Sedangkan ramai lagi orang yang kurang bernasib baik di dunia ini tidak dapat makan dan minum.

Ingat semakin kita bersyukur semakin bertambah apa yang kita ada sekarang. Dari RM100 mungkin boleh menjadi RM10, 000!

Akhir kata, emel ini bukanlah untuk berkhutbah kepada saudara tetapi untuk mengingatkan diri saya sendiri yang sering juga lupa. Saya sebagai kawan anda dan anda pula sebagai kawan saya perlu saling mengingati di antara satu sama lain.

Sekian,
Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com

APA YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Oleh: Irfan Khairi

Pastinya anda ingat rancangan game show yang sangat popular satu
masa dahulu. So, Who Wants To Be A Millionaire? Anda ingin menjadi
jutawan? Sekiranya YA, maka, berikut ada beberapa checklist untuk
melihat sama ada anda layak untuk jadi Jutawan!

**Jutawan kerja > 70 seminggu. Dan bila sebut kerja, ianya
betul-betul maksud kerja. Tidak membuang masa bersembang dan
melakukan aktiviti-aktiviti yang membuang masa. Sering kali, mereka
lah yang awal sampai pejabat, dan paling lewat tinggalkan pejabat.
Minda dan jiwa fokus pada kerja yang perlu dilakukan. Sekiranya
anda bekerja <40 jam seminggu, maka anda perlu lipat kali gandakan
usaha anda!

**Jutawan tahu secara jelas dan terperinci apa yang diinginkan.
Matlamat mereka adalah jelas dan jitu. Matlamat mereka adalah besar
dan sukar untuk dicapai- tetapi, tidak mustahil. Mereka yakin
bahawa tidak kira besar mana pun matlamat yang di letakkan,
pastinya ia akan tercapai. Keyakinan dan kejituan diri sendiri
mengejar matlamat inilah mendahulukan mereka berbanding orang-orang
lain. Sekiranya anda tidak mempunyai matlamat yang jelas dan
terperinci, jangan teruskan bacaan anda. Berhenti dan tetapkan
matlamat terlebih dahulu!

**Jutawan tahu untuk berjaya, mereka perlu bantuan orang lain.
Bantuan dari segi ilmu, bantuan dari segi kewangan, bantuan dari
segi sokongan, bantuan dari segi tenaga, bantuan dari segi idea dan
sebagainya. 84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang
dikelilingnya. Untuk berjaya, perlu sering bersama orang-orang yang
berjaya. Sekiranya anda fikirkan anda "one man show" dan tidak
mempunyai kenalan-kenalan yang berjaya, maka, GET OUT THERE! Kenali
mereka mereka yang berjaya dan pelajari daripada mereka.

**Jutawan banyak membaca. Leaders are readers. Ilmu adalah senjata
yang paling penting bagi jutawan. Sekiranya hilang satu juta
ringgit, jutawan akan tahu cara untuk menjana dua huta ringgit lagi
kerana aset yang paling penting bagi seseorang jutawan adalah aset
ilmu di dada. Ilmu diperolehi daripada bacaan. Sekiranya anda tidak
suka membaca, ketahui bahawa anda akan ditinggalkan oleh mereka
yang banyak membaca.

**Tidak seperti sangkaan ramai, kebanyakan jutawan tidak suka
berbelanja sesuka hati. Mereka tahu betapa sukarnya untuk
memperolehi harta dan mereka sayangkan harta. Wang ringgit tidak
digunakan secara membazir. Sering kali golongan jutawan menggunakan
wang untuk membina lagi aset-aset seperti rumah, tanah dan
pelaburan. Sekiranya anda fikirkan jutawan adalah seperti yang
sering dipaparkan di kaca TV,suka membazir, maka, perbetulkan
perspektif anda dahulu. Golongan ini mungkin ada, tetapi, teramat
kecil. Mulakan langkah anda dengan tidak membazir.

**Jutawan banyak memberi. Menurut buku Dr Thomas Stanley, "The
Millionaire's Mind" antara sikap-sikap jutawan adalah suka memberi.
Hadis juga ada mengatakan bahawa sekiranya kita memberi satu dengan
ikhlas, 10 akan kembali kepada kita. Jadi, sekiranya anda jenis
kedekut dan tidak suka memberi, maka maaf, kelab jutawan bukanlah
untuk anda!

**Walaupun bukan satu kemestian, kebanyakan jutawan lahirnya dalam
bidang perniagaan. Malah, 74% Jutawan adalah hasil daripada
perniagaan. Jadi, di sini adalah klu paling besar bagaimana hendak
menjadi juatwan- mulakan perniagaan! Sekiranya anda tidak berminat
dalam perniagaan dan anda lebih suka kerja di bawah orang, maka
ianya menjadi semakin suakr untuk mencapai jutawan. Tidak mustahil,
tetapi, lebih sukar... dan mengambil masa yang lebih lama!

**Jutawan tahu bahawa ianya tiada jalan pintas untuk menjadi kaya.
Ianya perlu ilmu dan usaha keras siang dan malam. Maaf, no short
cuts here! Sekiranya anda fikir bahawa ada caranya untuk buat duit
banyak dengan cepat, duduk rumah goyang kaki boleh dapat duit
berjuta, dan tanpa usaha yang setimpal, wang akan jatuh ke riba
anda, maka anda silap, silap dan silap! Memikirkan bahawa terdapat
cara mudah menjana wanglah terjadinya ramai "Mat jenin jutawan"
terperangkap dengan penipuan-penipuan scam dan skim-skim cepat kaya.

Sekiranya anda setuju dengan checklist di atas, maka, selamat
datang ke kelab jutawan! Anda telah melalui langkah pertama dan
besedia untuk "bertanding" dalam "Who Wants To Be A Millionaire"
edisi realiti. Tetapi, perlu berpijak di bumi yang nyata. Membaca
segalanya di atas dan memahaminya adalah satu perkara.

Mempraktikkan apa yang di baca dan mengaplikasikannya setiap hari
dan setiap masa, adalah perkara yang lain. Kata-kata berbunyi
"Knowledge is power" sebenarnya salah. Ilmu bukanlah satu kekuatan
dan kehebatan. Ilmu yang DIAPLIKASIKAN adalah kekuatan yang sebenar.

My Five-Step Secret Formula!

1. Write a series of five (5) messages to promote your product or service. The first one in the series will be your typical "instant response" when someone emails your account. The next four will be your follow-up messages.

2. Give away some kind of FREE information on the area of your expertise, and be sure to link to your website for even more info. People love free stuff, and if the information you provide is of value, your subscribers will consider you an expert and become less reluctant to buy from you.

3. Write a persuasive sales letter on your website and link it to your order form. While it might sound very difficult, you can do it yourself without having to pay money to expensive copywriters. I would recommend that you check out a copywriting course, such as CopyOnFire.com could be VERY helpful. Always focus on outlining the benefits in your letter and show your readers how your product will solve their problem. Put yourself in their shoes.

4. Put a web-form on your website that is linked to your campaign (you can retrieve the HTML code in your account, or you can check out the user guide for assistance). This will let you capture your website visitors' details (email address and name), so that you can promote to them.

5. Advertise and promote your website and campaign's email address to build your subscribers list and increase the number of your subscribers. Consider responsible email list builders (such as GetSubscribers.com), Pay-Per-Click search engines (i.e. Google, Overture, FindWhat) and targeted ezine/newsletter advertising. email and your website addresses in ezines targeting your specific target market.

Jutawan Gawat

Oleh: Irfan Khairi

Ramai yang tanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan
ketika ekonomi merundum? Waktu kini di mana ramai pekerja terpaksa
dihentikan, dan juga para penganggur yang sedia ada ramai, keadaan
ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk
memulakan perniagaan. Tetapi, perniagaan apa? Bagaimana hendak
menjadi jutawan ketika gawat?

Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk anda fikirkan...

Sasarkan perniagaan anda kepada "baby boomers".
Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan
1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang "stable" dan
tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti
kita-kita yang muda-mudi ni! ). Mereka mempunyai kuasa pembelian
yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan yang
banyak.

Jika diikutkan, golongan babyboomers ini sedang dalam proses hendak
pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak
tinggi. Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan golongan
ini!

Jual produk atau perkhidmatan yang "mampu dibeli" bukan mewah.
Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk
bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan
mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Oleh yang demikian,
ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam
kategori "mewah" perlu dielakkan.

Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih
berhati-hati dalam perbelanjaan. To cut corners. Tidak berbelanja
sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan
ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang
dah bukan produk atau perkhidmatan mewah.

Mulakan perniagaan berkos rendah.
Kini, perkataan SoHo- Small office Home office sudah menjadi
kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakan
perniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan.
Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja
boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Mulakan SoHo!

Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak
kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan
sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itu
pun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air,
air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.

Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan
pertama yang anda perlu tanya. Small office home office adalah
konsep yang sangat popular di negara barat, dan kina mula mendapat
perhatian kita di Malaysia. Secara peribadi, saya telah menjalankan
perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka,
keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!

Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi
Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira
ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan
mengenai health dan juga wellness tidak banyak berubah. Ini kerana,
orang ramai kini menitik beratkan kesihatan tidak kira keadaan
ekonomi.

Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan
ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda
pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!

Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara
produk yang akan boom ketika ekonomi merosot. Luangkan masa untuk
membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan!

Akhir kata...
Tak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu
melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif
dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya
kenali ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat
mengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tak kira ekonomi
turun atau naik.
Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target
market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah
mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru. Tiada yang
mustahil dalam perniagaan!

Teringat saya kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali.
Tahukah anda bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah
ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih
semula!

Itulah yang dinamakan jutawan gawat- menggunakan peluang kegawatan
untuk memperolehi keuntungan!

Sekiranya anda ingin mempelajari kaedah dan strategi bagaimana anda
boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda walaupun
dalam keadaan ekonomi gawat, sertai Seminar 2 Hari, Bisnes Berapi
bersama 2 Mentor Jutawan, Irfan Khairi & Abang Abu. Layari
http://www.bisnesberapi.com hari ini.


Irfan Khairi
84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E

Apa itu SEO ?

SEO adalah singkatan bagi Search Engine Optimization,di mana ia merupakan satu proses meningkatkan trafik berkualiti ke sesebuah website/blog dengan hanya melalui
enjin carian seperti Google, Yahoo! dan MSN.

Antara faedah-faedah yang boleh anda perolehi daripada mengaplikasikan teknik SEO ini adalah :

1. Peluang untuk website/blog anda berada di senarai top 10 keputusan enjin carian adalah tinggi.

2. Anda tidak perlukan sebarang bayaran untuk membawa pelawat ke website/blog anda.

3. Website/blog anda akan diindeks dengan cepat oleh enjin carian seperti Google.

4. Pelawat yang hadir adalah pelawat yang memang mahukan sesuatu yang anda tawarkan. Inilah namanya pelawat berkualiti. Yang ada umphhh ! (^_~)

Jika saudara ingin menjimatkan kos promosi dan dalam masa yang sama berjaya membawa pelawat berkualiti ke blog anda, saya sarankan anda mendapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang pakar mengenai teknik SEO ini.

Dalam banyak-banyak produk yang mengajar anda tentang SEO, terdapat satu sumber yang boleh dipercayai dan diyakini keberkesanannya. Dalam Bahasa Melayu pula tu.

Saya yakin, selepas anda mempraktikkan teknik daripada produk ini, website/blog anda bakal menjuarai carta di Google dalam kategori yang anda pilih, seterusnya membawa banyak trafik berkualiti ke laman anda. Apabila trafik berkualiti bertambah, bermakna pendapatan anda juga akan bertambah. Itu 'sifir' yang saya pegang.

Jadi, dapatkan salinan anda sekarang sebelum pesaing anda mendapatkannya dengan klik pada link di bawah ini:

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=QivQ&mc=3&s=ihlKo&y=a&



Yang Ikhlas,

Anwar Yassin

Adakah kita memerlukan wanita disisi kita untuk berjaya?

"Seseorang yang berjaya dalam hidup, pasti dibelakangnya ada seorang wanita.."

Di dalam kesibukan kita mengejar kemewahan dan kesenangan, apabila ia telah dikecapi kita sering lupa tentang banyak perkara. Mungkin anda bersyukur kepada ALLAH S.W.T dengan apa yang kita perolehi tetapi sering melupakan mereka yang banyak menaburkan jasa secara diam. Pernahkah anda mendengar pepatah ini..

Layari Sifu-lan.com untuk artikel selanjutnya ...

Jutawan vs Kebebasan

Kebanyakan daripada kita apabila berminat menceburi bidang perniagaan, tidak kiralah offline ataupun online, kita bercita-cita hendak menjadi jutawan. Kalau diikutkan, memang benarlah cita-cita tersebut, tetapi menurut kajian yang dijalankan terhadap usahawan-usahawan yang berjaya (semestinya jutawan), mereka menceburkan diri dalam perniagaan bukanlah sebab mahu menjadi jutawan, tetapi tujuan mereka masuk dunia perniagaan tersebut.

Tujuan mereka masuk dunia perniagaan adalah disebabkan mereka tidak mahu berada dibawah telunjuk orang lain.Mereka mahukan kebebasan. Mereka tidak mahu berkerja di bawah ketua, bos dan sebagainya. Seorang sahabat IM saya, beliau pernah beritahu kepada saya, beliau menjadi full time IM kerana tidak mahu berada di bawah telujuk orang lain. Dan kini, alhamdulilah, beliau memang berjaya dalam IM ni, dan hanya berkerja dari rumah dan semestinya beliau kini sedang‘bebas’. Ho!ho!ho!

Jadi, jelas di sini, usahawan yang berjaya bukan kerana mengejar kekayaan, tetapi mereka mengejar kebebasan.Andainya Rosbira mahu memasuki dunia perniagaan disebabkan ingin menjadi kaya raya dan mmepunyai banyak harta, Rosbira akan termasuk didalam golonganusahawan yang GAGAL.

Bila Rosbira melihat duit melimpah ruah masuk keakaun bank Rosbira, Rosbira akan menjadi kelabu mata, Rosbira akan lebih cenderung ingin menggunakannya, kerana apa? kerana tujuan Rosbira masuk dalam dunia perniagaan semata-mata kerana DUIT. Inilah dia, sebab utama mengapa ramai usahawan gagal.

Tak percaya? Tanyalah dan bacalah kisah usahawan yang sudahberjaya. Anda akan terbaca kata-kata mereka seperti di atas.


Salam usahawan,

Mazlie Nadzri

Buku Vs Ebook.. mana lagi untung?

Salam & Hi!

Saya pernah menulis ebook dan saya juga pernah menulis buku.Malah, saya juga pernah menerbitkan buku sendiri!(Orang panggil indie publisher.. lebih kurang macam group indiejugalah. Maksudnya, tulis buku sendiri, print buku pakai duit sendiri dan jual sendiri!)

1) Tahukah anda? Berapakah kadar keuntungan yang anda perolehi apabila anda menulis sebuah buku dan kemudiannya, menyerahkan "manuscript" buku anda itu kepada syarikat penerbit buku untukmenerbitkannya di pasaran?

Biar saya beritahu anda, anda akan mendapat keuntungan sebanyak7-15% yang berbentuk royalti. Jika buku anda berharga RM20.Anda akan mendapat royalti (untung) sebanyak RM1.40 untuk setiap bukuyang terjual

2) Bagaimana pula jika anda menulis buku, kemudian,menghantarkannya kepada pencetak (guna modal sendiri) dankemudiannya, jualkannya sendiri menerusi pihak pengedar.Berapakah keuntungan yang akan anda perolehi?

Pada kebiasaannya, anda hanya akan mendapat 20-30% keuntungandari buku anda. Jika buku anda berharga RM20, anda akan mendapatuntumg sebanyak RM 6 bagi setiap buku yang terjual. Kemanamenghilangnya 70% lagi?.. 20% akan diambil pihak pencetak(kos percetakkan) dan 50% akan diambil oleh pihak pengedar.

Ya! usah terkejut.. pihak pengedar akam mengambil upah sebanyak 50%dari harga buku anda, jika anda mahu mereka mengedarkan bukuanda ke kedai-kedai buku.

3) Bagaimana pula jika anda menulis sebuah buku, kemudian,menukarkan ia kepada format ebook dan menjualkan ia menerusiinternet. Berpakah kadar keuntungan anda?

Jawapannya.. 50-100%, selalunya.... 100%. Ini kerana, andatidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk menghasilkan ebook.Jika anda menjualnya pada harga RM20, maka anda akan mendapatkesemua wang tersebut, ianya akan terus masuk ke dalam akaunbank anda. Tidak perlu bahagikan ia kepada penerbit,pencetak mahupun pengedar. Kesemuanya adalah milik anda.

Sekarang, cuba bayangkan jika anda berjaya menjual 5,000 salinan ebook anda (di mana ia tidak mustahil, saya telah melakukannya).

Jumlah keuntungan yang akan anda perolehi ialah, RM20 x 5,000 salinan = RM100,000.
Itu baru sebuah ebook! bagaimana jika anda hasilkan 5 buah ebook lagi?

Anda kiralah sendiri berapa keuntungannya...

Ini tidak mustahil dilakukan, apa yang penting, anda mempunyai"ILMU" bagaimana untuk melakukannya. ILMU adalah sesuatuyang kekal, ia tidak akan hilang/habis setelah anda menghasilkanebook anda yang pertama, malah ia boleh terus digunakan untuk menghasilkan ebook yang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Jadi, usahlah terlalu berkira-kira di dalam menimba ilmu,kelak nanti anda yang akan kerugian.
Untuk menimba ilmu di dalam bidang "Perniagaan Ebook",sertailah "Seminar Perniagaan Ebook" di www.seminarebook.com sekarang juga. Saya yakin, anda akan mendapat banyak ilmu yangboleh anda manfaatkan untuk merealisasikan imipian hidup anda.

Sekian, terima kasih.Semoga kita bertemu lagi di lain waktu.


Yang Ikhlas,
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.seminarebook.com

Jutawan Ghairah! (Passionate millionaire)

Oleh: Irfan Khairi

Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapakita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukankarier yang kita amat-amat sangat minat?

Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendaklakukan sesuatu yang kita tidak minat?

Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahandalam perniagaan masing masing.

Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.
Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membinakomputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.

Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagaibanggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minatsebagai kerier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan "Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan "dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masauntuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti danmelakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukansesuatu yang kita tidak minat!

Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerjamakan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?

Berikut adalah checklist untuk anda:

* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedarbetapa cepatnya masa berlalu!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronokdan gembira melakukannya!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akanmerasa bosan melakukannya!
* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahanmenjawab soalan-soalan yang ditanya!
* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minatdan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannyabermati-matian!

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yangpanjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yangdiberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapaghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yangkita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang merekatidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewanganberjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadiusahawan yang ghairah.

Jadilah jutawan ghairah!

Takde Masa Nak Buat Bisnes Ebook?

Saya harap anda dapat luangkan sedikit masa untuk membacaemail ini. :)

Sememangnya, apabila bercakap tentang membina "part-time biz",memang ramai yang akan memberikan alasan "takde masa", "terlalu sibuk","banyak lagi benda lain perlu dibuat" dan bermacam-macam lagi.

Tapi, tahukah anda, perkara "tidak cukup masa" ini sebenarnyahanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya, setiap orang mempunyaijumlah masa yang sama setiap hari, iaitu 24 jam.
Sebenarnya.. persoalan sama ada "Anda ada masa atau tidak?"..banyak bergantung kepada bagaimana anda meletakkankepentingan terhadap sesuatu perkara.

Pernahkah anda terfikir...Mangapa anda ada masa untuk bekerja di pejabat, tetapi tiada masauntuk beriadah seperti bermain badminton dan berjongging?

Mengapakah anda ada masa untuk membuat kerja overtime tetapi tiadamasa untuk menebas rumput di belakang rumah?

Mengapakah anda ada masa untuk mengambil kekasih anda pulang dari pejabat, tetapi tiada masa untuk menghantar ibu anda pergi ke kedai?

Jawapannya ialah kerana.. anda menganggap bahawa sesuatu perkar aitu adalah lebih penting berbanding perkara yang lain.

Anda fikir, menyiapkan kerja anda di pejabat adalah lebih penting daripada pergi berjogging. Tetapi, apabila suatu hari didapatijantung anda lemah kerana kurang bersenam, sudah pastinya… anda akan mula mengubah tahap ke"penting"an perkara tersebut. Kini anda akan mula menganggap, berjogging itu adalah sesuatuyang penting dalam hidup anda. Jadi, tidak kiralahjika kerja pejabat anda belum siap pun, yang penting, setiap petang, anda akan luangkan masa untuk berjoggging.

Begitu juga halnya dengan membina "part time biz",jika anda tidak ada masa untuk membinanya ,ia adalah disebabkan anda merasakan dan menganggap perkara tersebut adalah tidak penting di dalam hidup anda.

Tetapi apabila anda terdengar berita yang pihak syarikatsedang menimbang-nimbang untuk mengurangkan jumlah pekerja. Maka, pada waktu itu barulah anda merasakan adalah pentinguntuk anda mempunyai sumber pendapatan yang lain.

Jadi.. semuanya bergantung kepada bagaimana anda meletakkankeutamaan terhadap sesuatu perkara.

Jika anda menganggap mencapai matlamat syarikat tempat andabekerja adalah sangat penting dalam hidup anda, maka sudahpastinya anda akan bekerja bersungguh-sungguh dan meluangkanlebih banyak masa di pejabat, termasuklah pada hari sabtu dan ahad.

Tetapi jika anda menganggap mengejar impian hidup anda ituadalah lebih penting dari perkara-perkara yang lain.Sudah pastinya, anda akan meluangkan lebih banyak masamelakukan sesuatu yang dapat membantu anda mencapai impianhidup anda.

Sekarang cuba anda luangkan sedikit masa dan fikirkan dengan mendalam... apakah yang lebih penting di dalam hidup anda?

Mencapai visi dan misi syarikat tempat anda bekerja? atau.. mencapai impian hidup yang anda impi-impikan.

Sekian, Terima kasih. Moga bertemu di lain kali.


Mohd Suhaimy a.k.a shuth
www.seminarebook.com

Perlukah Kita Memiliki Kemahiran Membina Laman Web?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu soalan yang cukup popular kami terima semenjak tahunlepas ialah "Adakah untuk memulakan perniagaan Internet, kita perlumemiliki kemahiran membina laman web?".
Oleh sebab itu, kami telah ajukan soalan ini kepada seorang usahawan Internet yang berjaya iaitu Alang dalam temubual eksklusif Majalah IM edisi 7. Perhatikan betul-betul apa yang beliau cakap...

"Sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam perniagaan Internet perlulah memiliki kemahiran asas mengenai web jualan." pesan beliau. Maksudnya di sini ialah kemahiran membina laman web adalah satu keperluan jika anda ingin memulakan perniagaan Internet.

Kalau macam tu, adakah Rosbira sudah bersedia?

Namun perlu diingatkan bahawa anda bukanlah perlu belajar sehinggadapat membina laman web yang canggih-manggih tetapi cukuplah sekadar mampu menjual. Paling tidak pandai membina minisite pun ok dah :)

Alang sendiri yang mendapat 5 angka sebulan di Internet setiap bulan juga mengakui bahawa beliau bukanlah seorang yang pandaiuntuk membina laman web yang canggih tetapi cukuplah mengetahuiperkara asas HTML.

Mungkin Rosbira boleh mendownload Majalah IM edisi 7 di sini:
[+]www.MajalahIM.com

Baiklah, di sini kami sertakan beberapa laman web PERCUMA sebagai rujukan jika anda ingin belajar membina laman web:
[+] http://www.w3schools.com/html
[+] http://www.htmlgoodies.com
[+] http://www.htmlcodetutorial.com

Mungkin agak lama untuk belajar sendiri, namun kami berharap dengan rujukan di atas, anda mempunyai insiatif sendiri untuk belajar membina laman web sendiri. Paling tidak, seperti yang saudara Alang cakap iaitu mahirkan diri anda betul-betul dengan perkara asas.

Semoga perkongsian pada kali ini dapat membantu anda. Jumpa lagi pada emel akan datang.


Sekian,

Zhafran & Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com