THINKING BIG!

Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.

Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana andaboleh membina kedai-kedai tambahan (francais). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkankejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya diperingkat antarabangsa. Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana andaboleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan andaRM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000!

Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengankebolehan seseorang itu dalam "thinking big".

Pepatah Inggerismengatakan: "Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon!"
(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidakkesampaian, anda masih mencapai bulan)

Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebihhebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebatitu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan. :)

Dengan thinking BIG membawa saya kemana saya kini berada. Begitu juga dengan kisah-kisah kejayaan kita pernah bincangkan sebelum ini.


Salam hormat,

-Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet
Irfan Khairi Sdn Bhd.

No comments: