Menjadi trend terkini, berlumba-lumba orang ingin menjanapendapatan di internet bagi menampung kos hidup seharian.Ada yang berangan-angan mahu mengikut jejak JutawanInternet, Dr Irfan Khairi dan yang lain-lain. Namun,bagaimana mereka melakukannya?
1. Melabur untuk ilmu
Sebelum anda menjalankan bisnes yang berdaya saing, sudah tentu anda seharusnya 'belajar' sedikit sebanyak dari orglain tentang bisnes yang menguntungkan. Sebab itulah ramai usahawan, bakal-bakal usahawan pergi ke seminar, bengkel, beli buku, baca artikel, mendapatkan maklumat melalui forum, blog dan sebagainya di internet yang membolehkan mereka mendapatkan tips² dan info tentang perniagaaninternet. Apabila kita mahu menceburi sesuatu perniagaan,pastikan anda mempunyai 'ilmu' supaya perniagaan dapat berjalan dgn baik dan tidak tersekat di separuh jalan.
Tidak hairanlah orang sanggup invest duit beribu ringgituntuk beli buku dan pergi seminar belajar dari sifoo² ebizyang handal. Mereka ini serius dan sudah pasti tips² dari sifoo mereka itu memberi inspirasi yang jitu bagi merekaberusaha mencapai impian yang diinginkan.
2. Cara berfikir yang positif
Apabila anda berfikiran positif dan yakin boleh dalammelakukan sesuatu perniagaan maka ia telah memberi satuperangsang dalam menjayakan apa yang kita laksanakan. Anda seharusnya bijak menggunakan pemikiran dan mengawal emosi dari bertindak terburu-buru. Usah cepat give up apabilagagal mencapai apa yang diinginkan dalam perniagaan, ia sebenarnya salah satu ujian untuk anda mencapai kejayaan,gagal bukan bererti selamanya, gagal itu adalah batu loncatan kepada kejayaan.
3. Product atau Service ?
Ini sesuatu yang penting dalam perniagaan internet. Anda seharusnya membuat research untuk menjalankan ebiz anda dgn lebih baik. Sama ada produk atau servis kedua-duanya mempunyai keistimewaan yang tersendiri, apa yang pentingkembali kepada asas. Apa yang menyebabkan orang membeliproduk atau servis anda ? Di situ anda akan belajar sedikit tentang demand dan supply, permintaan dan penawaran. Tanpa ada demand sudah tentu tiada org yang membeli produk/servis anda. Sebab itu anda tawarkan sesuatu yang orang mahu beli, sesuatu yang bernilai dan berkualiti.
Contoh mudah ialah anda tidak perlu mempunyai produk atau servis sendiri bagi menjalankan ebiz, cukup dgn jadi agen atau affiliate sesuatu barangan atau servis dan dapat komisyen keuntungandari setiap jualan. Biasanya, barangan/servis dengan caraaffiliate anda takkan menanggung risiko rugi kerana andatidak perlu mengeluarkan modal sebaliknya pengeluarbarangan/servis itulah yang menyediakan barangan danmembayar komisyen kepada anda Amalkan SWOT Analysis, buat kajian tentang diri, keupayaanserta persekitaran anda. Contohnya Strenght (kekuatan/keupayaan yang anda miliki) , Weaknesses (kelemahan yang anda ada) , Opportunities (peluang² yanganda boleh gunakan) dan Threat (kenalpasti ancaman dancabaran yang bakal dihadapi). Semua ini akan memberi 'clue'dan gambaran ttg produk atau servis yang sesuai dan boleh anda laksanakan.
4. Mencari 'target market'
Setelah anda mempunyai hot product atau services sudahtentu ada permintaan atau demand daripada product/serviestersebut.. Inilah dinamakan target market. Siapakahgolongan sasaran anda ? siapa pembeli anda? umur mereka,jantina, status kerjaya, minat, hobi dan sebagainya yangboleh anda ketahui. Ini penting apabila kita mengetahui dgn baik latarbelakang target audience atau target market maka kita akan mudah membuat rangka promosi dan marketing product /services anda.
5. Sistem Pemasaran yang efektif
Setelah anda mempunyai hot product or services danmengenali target market anda sudah tentu tiba masanya yangpraktikal melaksanakan agenda 'marketing'. Ini kerana tanpaproses marketing ia akan menjadikan bisnes itu tidakberfungsi, sebab itu pentingnya marketing sebagai salahsatu langkah utama dalam survival bisnes...
Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ? Iniadalah soalan yang biasa ditanya oleh banyak org dalammenceburi Perniagaan Internet Ramai orang tahu bisnes tapi tak ramai yang tahu akan aspek marketing. Kenapa ? Ini adalah kerana marketing adalah bahagian yang paling subjektif sekali. Marketing adalah satu seni utk mempromosikan barangan atau perkhidmatan anda kepada orangramai.
Tidak kisahla anda guna saluran apa pun seperti saluran media cetak, elektronik, poster, flyers, businesscard, viral marketing, etc, setiap satu itu ada keberangkalian dan potensi utk mendapatkan 'customer'.Adakalanya promosi secara poster lagi berkesan daripada viral marketing dan begitulah sebaliknya. Ia mempunyai hasil yang berbeza. Jadi, berbalik kepada soalan kita. Apakah cara yang paling efektif dalam marketing ?. Ia sebenarnya berkait rapat mengenai 'return on investment(ROI)' .
Pemasaran efektif ini melibatkan hasil yang banyak dengan apayang kita dah laburkan. Contohnya banyak orang laburkan RM150 utk iklankan produk di Berita Harian bahagian teks dibawah artikel selama seminggu. Dan mereka mendapat purata10 org pelanggan dalam masa seminggu. Dan setiap pelanggan memberi keuntungan sebanyak RM20 dan bermakna net profit RM20 x 10 org = RM200 seminggu dan mereka juga buat iklan di dalam web Cari.Com.My dengan kadar RM150 seminggu danpurata pelanggan sebanyak 1 org sahaja iaitu keuntungan RM20 x 1 org = RM20 seminggu.
Dalam kes di atas iklan di berita Harian lebih efektif berbanding Cari.Com.My . Jadi di sinilah kajian ROI (returnon investment) dibuat dengan bijaksana iaitu melaburkan lebih banyak di Berita Harian untuk menjana keuntungan yang maksimum, walaupun kadar atau bayaran marketing rm150 samadi Berita Harian dan Cari.Com.My tetapi yang paling mendatangkan banyak hasil ialah Berita Harian.
6. Website sebagai business tools yang paling efektif
Kebanyakan usahawan internet mempunyai website masing².Ada yang buat simple website hanya dengan oline order form,ada yang buat portal shopping cart, malah ada juga yanghanya buat blog. Tidak kisahla apa jua bentuk web tetapi iatetap boleh dilayari melalui Internet dan dari Internetitulah mereka generate income.
Dan mengenai website, apa yang perlu anda ketahui tentangwebsite ? Senang sahaja. Anda kena mengetahui caramembangunkan web ebiz yang paling berkesan dan efektif.Bagaimana? Ikuti tips di bawah :
a. Web hosting dan domain name yang praktikal
Biasanya web hosting dgn 1GB mudah didapati sekarang inidengan pelbagai promosi, yang penting cari provider yangboleh beri online support yg bagus. Sekurang-kurangnya,kalau ada downtime mereka akan cepat2 settlekan. Dancarilah web hosting yang menggunakan Cpanel, kerana Cpanelmempunyai banyak kelebihan, contohnya installshopping cart sendiri, blog sendiri, forum, guestbook danyang lain-lain.
Domain name pula tak perlulah panjang atau mengelirukan.Cukup domain name yang senang diingati contohnya sepertiyahoo.com , panduanhtml.com , google.com etc. Domain nameyang simple dan senang ingat adalah satu kelebihan.
b. Design yang simple dan sistem dan fungsi yg menarik
Web ebiz tak perlu design² yang gempak dan heavy. Kenapa? Ini kerana kita mementingkan konsep user friendly.Sekiranya web ebiz siap dengan flash kemudian graphic yangterlampau banyak sehingga memakan masa untuk loading, makaalamatnya pengunjung akan 'keluar' dari website anda keranatak sanggup menunggu web loading yang lembab. Cukuplahdesign yang simple dan focus pada bisnes anda.
c. Testimoni
Boleh muatkan testimoni dan pandangan pelanggan mengenai produk/services anda. Ia sedikit sebanyak mempengaruhipengunjung dan menjadikan website anda sebagai iklan yangpaling efisien. Pendekatan ini banyak digunakan olehInternet marketers bagi melariskan produk/servis mereka. Soboleh memanfaatkan testimoni utk dimuatkan di dalam website anda.
Salam usahawan,
Mazlie Nadzri
No comments:
Post a Comment