Dalam perniagaan Internet, kos penghantaran di tanggung oleh pelanggan. Anda boleh mengenakan bayaran tambahan untuk menampung kos penghantaran mengikut destinasi tertentu.
Penghantaran barangan boleh dilakukan melalui perkhidmatan kurier seperti FedEx, UPS, DHL, City Link, Nationwide Express dan lain-lain. Pos Malaysia juga memberi perkhidmatan penghantaran pada kos yang amat efektif.
Namun begitu, satu tip yang saya sering beri ketika Workshop Jutawan Internet adalah, sekiranya anda boleh memuatkan harga penghantaran kedalam produk anda, ia merupakan satu BONUS dan ianya memudahkan pelawat anda membuat keputusan untuk membeli.
Contoh, sekiranya anda membeli buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar dari kedai buku, ia berharga RM39.90. Sekiranya anda membeli dari http://www.rahsiainternet.com/, ia juga berharga RM39.90 termasuk kos penghantaran ke alamat pelanggan.
Untuk mengetahui bagaimana untuk memuatkan harga penghantaran ke dalam produk anda, bawa produk anda ke pejabat pos dan minta harga penghantaran untuk destinasi yang paling jauh. Kemudian, masukkan harga tersebut ke dalam kos produk anda bersertakan margin untung yang anda inginkan. Ini membolehkan anda memberi produk anda bersamaan penghantaran percuma!
Peringatan: Rosli, atas sebab yang sama, barangan yang berat adalah tidak sesuai untuk dijual di Internet oleh kerana kos penghantaran yang sangat tinggi!
Oleh,
Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com/
No comments:
Post a Comment