6 Asas Bisnes Online!

Untuk berniaga di Internet anda memerlukan persiapanrapi agar perniagaan anda tersebut berjalan lancar dan tidak kecundang di tengah jalan.

Berniaga di internet tidak semestinya anda berniagaproduk digital semata-mata malah anda juga bolehmenawarkan produk fizikal. Ya, produk fizikal sepertibuku, tikar, kuih, produk kesihatan dan sebagainya.

Saya bagi contoh antara produk fizikal yang saya jual menggunakan medium Online antaranya ialah produk Jawi Translater yang merupakan salah satu produkfizikal iaitu dalam bentuk CD. 2,3 tahun yang lalu saya telah menjual produk ini secara Offline selama setahun tetapi saya merasakan sasaran saya agak terhad dan tidak meluas tambahan pula ianya memerlukan kepada promosi secara nyata jika ingin lebih dikenali ramai.

Maka saya mengambil keputusan untuk memasarkannyasecara Online sebaik sahaja sahaja mengenali duniaPerniagaan Online. Maka produk ini merupakan antaraproduk pertama yang saya jual di internet sebaik sahajasaya menceburi dunia eBiz ini. Keputusannya : Hasil yang dapat dari penjualan melaluiOnline dalam sebulan menjangkaui penjualan saya secaraOffline untuk 4 bulan. Malah sasaran saya lebih luas dan pembeli saya datang dari seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei!!!Nampak tak?

Inilah kelebihan Perniagaan Online..... dan mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang kuasa Perniagaan Online ini.Namun untuk menguasainya anda perlu kepada ilmu pengetahuantentang selok-belok eBiz. Jadi untuk membantu anda dan juga Newbie saya telah menulis artikel mengenai 6 Asas Perniagaan Online yang perlu anda ketahui iaitu :

Mindset
Niche
Website / Teknikal
Surat Jualan
Trafik
Conversion

Jika anda ingin mengetahui apakah yang saya maksudkan dengan 6 perkara asas tersebut maka anda boleh melayariblog saya di www.epustaka.com/blog


Ahmad Syaifuddeen Mohamad
http://www.abooain.com/

5 Langkah Menawan Pasaran Pelanggan Anda

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut andaboleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggananda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menanganipersaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggiKita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akanmenentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatanberkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabilapelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukansetakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produkberkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelangganyang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akanmemberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kulitiproduk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baikZaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanyadilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanidengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa baranganrosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranyapesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari,anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salahsatu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairanrestoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendahDalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang pentingdalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah penggunayang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda padaharga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda.Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalammemenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakanMemberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikanpermintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangkaakan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggananda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana,pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengankenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaranpelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaranMenjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepadaperniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenaliberbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah denganmenjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi olehkerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasarantersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segalaubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satukelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikananda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluangperniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akandapat menawani pasaran yang besar.



Oleh Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Wang Cepat Atau Bisnes Internet Jangka Masa Panjang?

oleh Zamri Nanyan

Seorang rakan internet saya bertanya, “you still aktif dengan internet MLM?”
“Ya”.
“Program mana?”
Kiosk Webhosting“.
“Wah! Lamanya dengan Kiosk”.
“Mestilah… aku susah sikit nak lompat ke program-program lain”.

Dalam hati, saya berkata, “duh! kenapa nak berhenti kalau tiap-tiap bulan dapat komisyen… sama ada saya usahakannya ataupun tidak”.

Kemudian saya bertanya kembali kepada beliau, “kenapa tiba-tiba berminat dengan Internet MLM?”

Beliau menjawab, “nak dapatkan pendapatan berulang setiap bulan… dah penat dengan affiliate marketing”.
“Oh! OK”.

Saya pun terus berkomunikasi dengan beliau seperti biasa.
Sebenarnya, salah satu kekecewaan usahawan internet yang saya temui adalah berkaitan dengan pendapatan tetap yang diperolehi daripada usaha mereka. Bulan ini dapat RM1,000. Bulan depan tak tentu lagi dapat RM100 dan begitulah seterusnya.

Memang benar bahawa terdapat perbezaan di antara menjana pendapatan di internet dengan membina perniagaan di internet.

Untuk menjana pendapatan di internet dengan pantas, mungkin tidak sesusah untuk membina perniagaan di internet untuk jangka masa panjang - walaupun secara komparatif, perniagaan internet lebih mudah daripada perniagaan konvensional.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan wang (menjana pendapatan) dengan mengiklankan produk affiliate, anda boleh membeli iklan di surat berita (newsletter) usahawan internet lain. Selepas iklan anda disebarkan ke pelanggan newsletter tersebut, anda mungkin akan mendapat beberapa jualan dan hasrat anda untuk menjana pendapatan melalui internet sudahpun tercapai.

Namun, jika anda berhenti mengiklankan produk pilihan anda, pendapatan anda pun terhenti begitu sahaja. Sama seperti anda bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri.
Ini kerana anda tidak mempunyai sistem dan perancangan seperti yang dilakukan di dalam membina sesebuah perniagaan.

Membina perniagaan internet memerlukan anda melihat beberapa langkah ke hadapan sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, jika anda fokus kepada pengiklanan di dalam newsletter usahawan internet yang lain, anda perlu memikirkan bagaimana caranya untuk memaksimakan hasil daripada pembelian iklan yang anda keluarkan.

Mungkin anda akan mendapat beberapa jualan daripada pengiklanan yang dimaksudkan tetapi ini tidak semestinya menjadi satu-satunya peluang untuk anda menghasilkan pendapatan.

Maklumat lanjut kunjungi http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/wang-cepat-atau-bisnes-internet-jangka-masa-panjang/

Mendapatkan Trafik Enjin Carian Google Ke Laman Web Anda

Jika anda seorang yang berkira dan kedekut membelanjakan wang untuk mengiklankan blog atau laman web anda seperti saya maka mengaplikasikan teknik SEO untuk mendapatkan trafik adalah pilihan yang baik.

Ianya bukan saja percuma tetapi juga mendapat prospek yang targetted, bermakna peluang anda untuk mendapatkan jualan adalah lebih baik kerana prospek itu menemui apa yang mereka cari. Mereka yang datang cari kita, bukan kita yang pujuk-pujuk apalagi memaksa mereka.

Berikut adalah sebahagian laman web saya (dalam kotak merah) yang mendapat trafik berterusan dari enjin carian google tanpa bayar satu sen pun pada google.