Jutawan Gawat

Oleh: Irfan Khairi

Ramai yang tanya kepada saya, perniagaan apa yang perlu dilakukan
ketika ekonomi merundum? Waktu kini di mana ramai pekerja terpaksa
dihentikan, dan juga para penganggur yang sedia ada ramai, keadaan
ekonomi yang merosot bagaikan memaksa ramai memikirkan untuk
memulakan perniagaan. Tetapi, perniagaan apa? Bagaimana hendak
menjadi jutawan ketika gawat?

Berikut adalah beberapa idea dan juga keadaan untuk anda fikirkan...

Sasarkan perniagaan anda kepada "baby boomers".
Baby boomers merujuk kepada golongan yang lahir dalam lingkungan
1945-1965. Ramai golongan ini dikatakan golongan yang "stable" dan
tidak terjejas sangat dengan keadaan ekonomi (bukan seperti
kita-kita yang muda-mudi ni! ). Mereka mempunyai kuasa pembelian
yang kuat oleh kerana mempunyai pendapatan untuk dibelanjakan yang
banyak.

Jika diikutkan, golongan babyboomers ini sedang dalam proses hendak
pencen, atau baru pencen. Oleh itu, kuasa belian adalah agak
tinggi. Ingin memulakan perniagaan ketika gawat? Sasarkan golongan
ini!

Jual produk atau perkhidmatan yang "mampu dibeli" bukan mewah.
Ketika ekonomi gawat, ramai akan mengurangkan perbelanjaan untuk
bermewah. Ramai akan cuba mengurangkan kos sara hidup dengan
mengurangkan perbelanjaan untuk bermewah. Oleh yang demikian,
ketika keadaan ekonomi gawat, produk dan perkhidmatan di dalam
kategori "mewah" perlu dielakkan.

Keadaan ekonomi gawat mengingatkan orang ramai untuk lebih
berhati-hati dalam perbelanjaan. To cut corners. Tidak berbelanja
sesuka hati mengikut nafsu. Oleh yang demikian, gunakan pengetahuan
ini untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan.

Niagakan produk dan perkhidmatan yang dalam kemampuan ramai orang
dah bukan produk atau perkhidmatan mewah.

Mulakan perniagaan berkos rendah.
Kini, perkataan SoHo- Small office Home office sudah menjadi
kebiasaan. Seperti yang saya sering sarankan, apabila memulakan
perniagaan, fikirkan pilihan untuk mengurangkan kos permulaan.
Zaman kini, dengan kebolehan dan kekuatan Internet, sesiapa sahaja
boleh memulakan perniagaan daripada rumah. Mulakan SoHo!

Memulakan perniagaan secara tradisional, seperti menyewa tapak
kedai, membuat renovation kedai, memasang kelengkapan kedai dan
sebagainya boleh memakan berpuluh ribu ringgit kos permulaan. Itu
pun belum dikira kos overhead yang tinggi membayar elektrik, air,
air-cond, pekerja, pengangkutan dan sebagainya.

Bolehkah perniagaan anda dilakukan daripada rumah? Itulah soalan
pertama yang anda perlu tanya. Small office home office adalah
konsep yang sangat popular di negara barat, dan kina mula mendapat
perhatian kita di Malaysia. Secara peribadi, saya telah menjalankan
perniagaan SoHo sejak 10 tahun lalu! Bila kita kurangkan kos, maka,
keuntungan juga bertambah berlipat kali ganda!

Perniagaan tidak kira keadaan ekonomi
Satu tip yang saya terima dari pakar perniagaan adalah, tidak kira
ekonomi naik atau turun, permintaan produk dan perkhidmatan
mengenai health dan juga wellness tidak banyak berubah. Ini kerana,
orang ramai kini menitik beratkan kesihatan tidak kira keadaan
ekonomi.

Fikirkan produk dan perkhidmatan yang tidak terjejas dengan keadaan
ekonomi. Pelajari trend belian ketika ekonomi merosot, dan anda
pasti akan jumpa produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk dijual!

Menurut majalah Entrepreneur, produk organik juga adalah antara
produk yang akan boom ketika ekonomi merosot. Luangkan masa untuk
membaca majalah-majalah perniagaan dan mencari idea-idea perniagaan!

Akhir kata...
Tak kira keadaan ekonomi, dengan kebijaksanaan, usahawan perlu
melihat peluang-peluang yang ada dihadapan mereka. Fikirkan positif
dan jangan hanya lihat kepada kesan ekonomi negatif sahaja. Saya
kenali ramai usahawan yang berjaya ketika keadaan ekonomi merosot!

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat
mengubah pendekatan perniagaan supaya dapat hidup tak kira ekonomi
turun atau naik.
Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target
market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah
mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru. Tiada yang
mustahil dalam perniagaan!

Teringat saya kisah kawan baik saya, jutawan hartanah Azizi Ali.
Tahukah anda bagaimana beliau menjadi jutawan? Beliau membeli rumah
ketika gawat 10 tahun lepas, dan menjualnya ketika ekonomi pulih
semula!

Itulah yang dinamakan jutawan gawat- menggunakan peluang kegawatan
untuk memperolehi keuntungan!

Sekiranya anda ingin mempelajari kaedah dan strategi bagaimana anda
boleh melipatkali gandakan keuntungan perniagaan anda walaupun
dalam keadaan ekonomi gawat, sertai Seminar 2 Hari, Bisnes Berapi
bersama 2 Mentor Jutawan, Irfan Khairi & Abang Abu. Layari
http://www.bisnesberapi.com hari ini.


Irfan Khairi
84A Second Floor, Jalan SS 21/35, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor D E