5 Strategi Menawani Pasaran Perniagaan Anda

Oleh: Irfan Khairi

Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!

1: Tawani melalui kualiti yang tinggi

Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.

Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.

2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik

Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.

Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!

3: Tawani melalui harga yang lebih rendah

Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.

Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.

4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan

Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!

Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.

Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.

5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran

Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.

Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.

Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.

Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.

Strategi peperangan dalam bisnes

Bisnes boleh ditafsirkan sebagai peperangan. Didalam peperangan, ada musuh. Didalam bisnes, ada pesaing. Ini realiti dalam peperangan dan bisnes.

Askar-askar yang ingin masuk ke dalam medan pertempuran harus ada strategi dalam menghadapi musuh, begitulah juga bisnes, memerlukan strategi, bukan dilakukan dengan sambil lewa melainkan anda berniaga untuk gagal.

1. Risikan

Kejayaan tentera Jepun didalam Perang Dunia Kedua adalah dibantu dengan perisik-perisik yang dihantar sebelum peperangan bermula lagi.

Sebagai contoh, servis design yang saya tawarkan mempunyai ramai pesaing, saya memang akui. Apa yang saya lakukan adalah, saya selalu melawat laman web mereka dan melihat strategi perniagaan mereka seperti harga, testimonial dan sebagainya untuk saya nilai. Saya juga yakin, mereka juga selalu melawat laman web servis saya untuk dinilai. Ini perkara biasa dalam bisnes.

Saya juga sentiasa peka dengan testimoni-testimoni pelanggan mereka samada di forum, blog dan sebagainya kalau saya terjumpa. Dari testimonial tersebut saya akan tahu kenapa mereka suka dengan servis yang mereka tawarkan, dengan cara ini saya dapat memperbaiki apa yang kurang dimata mereka terhadap servis saya.

Begitu juga dengan anda, haruslah membuat risikan terhadap pesaing anda setiap masa.

Baca seterusnya ...
Oleh: Irfan Khairi

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- "ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!"

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik "Eleh... bawak mercedes... mesti songlap duit syarikat" atau "Eleh... dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan"

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri "mahu" menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri "takut" untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Pepatah Mat Salleh berbunyi "If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys".

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja... fikirkan bahawa "kreatif" maksudnya "menjadikan lebih baik". Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi "kreatif". Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri!

Kisah Motivasi Seorang Remaja Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun

Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18
tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika
beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya
bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background
MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut
beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak
memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan
beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai
remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-
layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web
beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja
pengguna MySpace seluruh dunia.

2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi
ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG
SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah
berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari
website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000
sebulan.Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-
limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti
Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan
pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah
beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang
terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace
beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau
datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di
web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang
merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada
harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya
meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.

Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri


Ikhlas,
Team Aspirasi Cyber

Kenapa Entrepreneur GAGAL Mencapai Impian Mereka?!

Pesanan Peoplepreneur Community:

Kenapa Entrepreneur GAGAL Mencapai Impian Mereka?!

Kebanyakan entrepreneur menyedari perniagaan itu merupakan sesuatu HEBAT seperti yang kita ketahui 9/10 punca rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Ramai yang menceberi bidang perniagaan dengan harapan untuk memperolehi kekayaan dan kesenangan maka bidang perniagaanlah yang sepatutnya mereka pilih. Namun demikian, "langit tidak selalunya cerah", tidak semua perniagaan yang entrepreneur jalankan mendatangkan hasil yang begitu memberangsangkan. Mengikut statistik,

* 80% entrepreneur baru gagal dalam masa 2 tahun
* 80% entrepreneur gagal dalam masa 3 tahun berikutnya

Ini bermakna hanya 4% sahaja entrepreneur yang benar-benar boleh bertahan selepas 5 tahun operasi.

Dimanakah kedudukan anda? Umum mengetahui banyak faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Modal, persaingan, pengurusan, pemasaran, produk yang bagus dan sebagainya merupakan fenomena yang biasa anda tempuhi. Namun untuk survival, saudara / saudari perlu mendapatkan nasihat daripada pakar khususnya pakar yang sudah berjaya dalam perniagaan.

Jika kita lihat orang yang berjaya seperti Tiger Wood, beliau masih lagi mempunyai jurulatih yang terus membimbingnya untuk berjaya. Begitu juga dalam perniagaan, Saudara / saudari perlu mempunyai mentor untuk membantu saudara / saudari supaya terus berjaya.

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!

Oleh: Irfan Khairi

Menurut buku the Millionaire's Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh...

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi "Leaders are readers", mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.

4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.

3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.

2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah "boss". Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.

1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.

Teknik nak dapat wang dengan pantas di internet

Kita akan teruskan perbincangan kita berkenaan Langkah
Pertama Dalam IM.

Sebelum ini saya ada nyatakan 3 perkara yang buat masa
ini anda harus fahami ialah (dipetik daripada email yang
lepas) :


1. Fahami 'overall picture' dunia IM itu sendiri
2. Kenali model-model perniagaan dalam IM
3. Tetapkan pilihan peluang penjanaan wang di internet untuk
anda bergiat lebih serius


Baiklah, mari kita pergi kepada perkara yang pertama
iaitu memahami 'overall picture' dunia IM.

Selama saya melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan
pemasaran di internet, saya telah dapati dunia penjanaan wang
melalui di internet ini terbahagi kepada 2 kategori yang besar.

Kategori yang pertama ialah "Make Money Online" (Buat duit di
internet) & yang kedua ialah "Build a Real Internet Business" (Bina
perniagaan internet yang sebenar).

Sebagai seorang IM, walau apa pun yang kita lakukan di
internet dalam usaha kita menjana pendapatan melaluinya,
kita haruslah tahu membezakan kedua-duanya dengan jelas.

Untuk kategori pertama iaitu "Make Money Online"
ia bermaksud anda hanya boleh mendapatkan duit dari internet
jika anda melakukan kerja, hasil usaha anda dengan keras
secara terus dan berulang-ulang.

Konsep ini sama sahaja jika anda makan gaji. Anda lakukan
promosi, gunakan teknik-teknik yang terbaru dan terhangat
di pasaran, seterusnya anda berpotensi untuk mendapatkan
wang melalui internet.

Pepatah mengatakan "You trade your time for money".

Sebagai contoh affiliate dan AdSense. Kedua-dua contoh ini
adalah cara penjanaan wang melalui internet di bawah kategori
"Make Money Online".

Tak mustahil untuk anda mendapatkan komisyen daripada
hasil penjualan produk-produk affiliate dalam masa yang lebih
singkat.

Make Money Online ini lebih bersifat jangka masa yang singkat
dalam penjaanaan wang di internet.

Contoh yang pernah saya lakukan, dulu saya pernah mempromosikan
suatu produk digital yang berharaga RM30, kemudian saya
tawarkan rebate sebanyak RM10 kepada pembeli yang membeli
melalui link affiliate saya. Saya hanya melakukan promosi ini
di forum WangCyber.com

Pada keesokkan harinya, dah ada orang yang membeli melalui
link affiliate saya.

Tak percaya, anda boleh cuba aplikasikan teknik ini di forum
Wangcyber tu, sure jadi punya :-)

Selain itu, saya juga pernah menjalankan kerja-kerja freelancing
(menyediakan perkhidmatan bebas) di internet. Ini juga salah-satu
daripada teknik penjanaan 'wang pantas' di internet.

Boleh dikatakan lah juga cara ini adalah cara yang menjamin
untuk anda mendapatkan wang melalui internet. Kira confirm
dapat duit punya lah. Jika anda buat kerja seperti apa
yang diminta oleh pelanggan.

Jika anda ingat lagi di laman biodata saya, ada saya nyatakan
saya pernah menyediakan perkhidmatan translation. Saya
menyediakan perkhidmatan menterjemah artikel-artikel dan ebook
berbahasa Inggeris ke bahasa Malaysia.

Tetapi sekarang saya dah tak buat lagi servis tersebut.

Menyediakan perkhidmatan menterjemah ini merupakan
salah-satu daripada perkhidmatan yang mempunyai permintaan
yang tinggi di internet. Selain itu anda juga boleh menyediakan
perkhidmatan design laman web atau grafik.

Untuk kerja-kerja freelancing ini, anda memerlukan bakat.
Tak da bakat? Tak apa, bakat tu kan boleh diasah. Betul tak.

Kesimpulan yang boleh kita buat melalui kategori "Make Money
Online" atau buat duit di internet adalah ia bersifat jangka masa
singkat atau sama sahaja konsep dengan kerja makan gaji, selagi
anda buat kerja secara terus, selagi itulah anda berpotensi
untuk menjana duit di internet.

Kategori buat duit di internet (Make Money Online) ini juga
boleh saya klasifikasikan di bawah pendapatan aktif
(tentu anda ingat lagi mengenai perkara ini yang telah saya
kongsikan dalam ebook Rahsia 15 Strategi PLR Terbongkar
saya tu mukasurat 43. Pendapatan aktif VS. pendapatan pasif)

Ok, setakat ini sahaja email saya pada kali ini, pada email
seterusnya kita akan membincangkan pula mengenai membina
perniagaan internet yang sebenar (build a real internet business).





Sahabat Digital Anda,
Khairul Hazwan
http://perniagaandigital.com

Ketahui cara mudah hapuskan hutang

Hari ini saya akan menolong anda untuk bebas dari hutang!
Oleh itu anda mempunyai duit lebih untuk menikmati hidup
yang lebih baik. Dan saya buatkan satu sistem yang boleh
anda ikut.

Biasanya sistem yang mudah adalah yang terbaik. Dan saya
rasa ianya termasuk cara melenyapkan hutang. Dalam masa
beberapa tahun saya telah mencipta pelbagai sistem, dan
saya akan memperkenalkan salah satu sistem saya yang
terbaik kepada anda ;)

Anda perlu kuatkan semangat untuk mengikuti 10 langkah
berikut.. dan matlamat anda untuk bebas daripada hutang
pasti akan tercapai.

1. PERIKSA rekod perbelanjaan untuk tempoh 12 bulan.
Setahun adalah jangka masa yang tepat untuk melihat apa
yang berlaku. Jadi lihat semua perbelanjaan, penyata
bank, rekod buku cek, penyata kad kredit atau apa sahaja
rekod yang anda ada.

Dan untuk perbelanjaan yang menggunakan wang tunai, bawa
buku nota untuk beberapa minggu dan tulis semua perbelanjaan
anda, walaupun untuk membeli goreng pisang makcik. Akhirnya,
anda akan dapati betapa sedikit akan menjadi bukit. Saya
telah mencubanya dan memang boleh dapat angin akhmar... hehe

2. KIRAKAN jumlah perbelanjaan anda dalam sebulan, dengan
mencampurkan semua bil yang perlu anda bayar dalam sebulan.

3. TULISKAN senarai hutang yang anda tanggung. Jangan lupa
masukkan sekali ansuran rumah. Telefon bank jika anda tidak
pasti berapa hutang yang anda ada.(Pastikan ada selalu kemas
kinikan rekod senarai hutang ini)

4. BUAT SENARAI pembayaran minima yang perlu anda lakukan
setiap bulan. Katakan anda perlu membayar RM2000 setiap bulan.

5. TENGOK BAKI yang perlu anda bayar, dengan anggapan
bahawa anda membayar setiap bulan tanpa ada yang tertunggak.

6. SENARAIKAN hutang anda supaya hutang yang sedikit diatas
sekali, dan yang banyak terletak dibawah. Jangan lupa
senaraikan semua hutang anda. Contohnya:

1)Hutang stereo RM2000
2)Hutang kad kredit RM5,000
3)Hutang kereta RM50,000
4)Hutang rumah RM100,000

7. Sekarang anda perlu 'MENYERANG' untuk membayar hutang
yang sedikit dahulu. Buat keutamaan untuk habiskan hutang
yang sedikit dahulu (tv?) dan akhir sekali hutang yang agak
besar, contohnya kereta atau rumah.

8. Pada langkah Nombor 4, anda telah kirakan jumlah minima
hutang yang perlu anda bayar setiap bulan iaitu RM2000.
Sematkan di minda anda untuk tambahkan sebanyak 10%
daripada jumlah tersebut, iaitu RM200!

9. Untuk mempunyai tambahan RM200 untuk membayar hutang,
kurangkan RM200 daripada perbelanjaan, dan simpan untuk
membayar hutang.

Cuba fikirkan semua cara untuk mengumpulkan RM200 ini.
Anda perlu berbincang dengan keluarga anda apa yang
perlu dan tidak perlu dibeli. Contohnya jika anda selalu
makan diluar, cuba kurangkan. Jika anda merokok, cuba berhenti.
Jika anda berusaha, pastinya anda temui jalan untuk jimatkan
paling kurang RM200 sebulan.

10. Gunakan wang tambahan RM200 ini untuk membayar hutang
No.1 anda yang kecil dahulu. Jika anda membayar RM100 sebelum
ini, sekarang anda bayar RM300 (RM100+RM200). Apabila habis
hutang pertama, gunakan RM300 untuk tambahkan bayaran kepada
hutang kedua. Jika sebelum ini anda membayar RM200 untuk hutang
kedua, anda bayar RM500 (RM200+RM300) selepas hutang pertama
habis. Ianya akan memberikan impak maksima untuk melangsaikan
hutang anda dengan cepat. Teruskan penambahan sehingga ke
senarai yang terakhir.

Dengan cara ini anda akan bebas dari hutang dalam masa beberapa
tahun. Kelebihan daripada sistem ini bermula hanya daripada
RM200 yang anda jimatkan, dan ianya bertambah sebaik sahaja
hutang pertama anda habis.

Sila gunakan teknik ini dan anda pasti terkejut dengan
hasilnya dalam masa beberapa tahun akan datang. Dan jangan
biarkan anak-anak anda sengsara kerana terpaksa menanggung
semua beban hutang anda nanti.


Demi Kejayaan Anda,

Mohd Nizam & Hisham