Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut andaboleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggananda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menanganipersaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1: Tawani melalui kualiti yang tinggiKita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akanmenentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatanberkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabilapelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukansetakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produkberkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelangganyang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akanmemberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kulitiproduk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baikZaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanyadilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layanidengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa baranganrosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranyapesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari,anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salahsatu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairanrestoran-restoran "fast-food" mendapat permintaan yang tinggi!
3: Tawani melalui harga yang lebih rendahDalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang pentingdalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah penggunayang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda padaharga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda.Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalammemenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.
4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakanMemberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikanpermintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangkaakan menggembirakan mereka!
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggananda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana,pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengankenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaranpelanggan yang setia dan meluas.
5: Tawani melalui menjadi ketua pasaranMenjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepadaperniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenaliberbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah denganmenjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi olehkerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasarantersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segalaubat gigi.
Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satukelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikananda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluangperniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.
Strategi yang sukar, tetapi dengan impelemntasi yang betul, akandapat menawani pasaran yang besar.
Oleh Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com
No comments:
Post a Comment