Wang Cepat Atau Bisnes Internet Jangka Masa Panjang?

oleh Zamri Nanyan

Seorang rakan internet saya bertanya, “you still aktif dengan internet MLM?”
“Ya”.
“Program mana?”
Kiosk Webhosting“.
“Wah! Lamanya dengan Kiosk”.
“Mestilah… aku susah sikit nak lompat ke program-program lain”.

Dalam hati, saya berkata, “duh! kenapa nak berhenti kalau tiap-tiap bulan dapat komisyen… sama ada saya usahakannya ataupun tidak”.

Kemudian saya bertanya kembali kepada beliau, “kenapa tiba-tiba berminat dengan Internet MLM?”

Beliau menjawab, “nak dapatkan pendapatan berulang setiap bulan… dah penat dengan affiliate marketing”.
“Oh! OK”.

Saya pun terus berkomunikasi dengan beliau seperti biasa.
Sebenarnya, salah satu kekecewaan usahawan internet yang saya temui adalah berkaitan dengan pendapatan tetap yang diperolehi daripada usaha mereka. Bulan ini dapat RM1,000. Bulan depan tak tentu lagi dapat RM100 dan begitulah seterusnya.

Memang benar bahawa terdapat perbezaan di antara menjana pendapatan di internet dengan membina perniagaan di internet.

Untuk menjana pendapatan di internet dengan pantas, mungkin tidak sesusah untuk membina perniagaan di internet untuk jangka masa panjang - walaupun secara komparatif, perniagaan internet lebih mudah daripada perniagaan konvensional.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin mendapatkan wang (menjana pendapatan) dengan mengiklankan produk affiliate, anda boleh membeli iklan di surat berita (newsletter) usahawan internet lain. Selepas iklan anda disebarkan ke pelanggan newsletter tersebut, anda mungkin akan mendapat beberapa jualan dan hasrat anda untuk menjana pendapatan melalui internet sudahpun tercapai.

Namun, jika anda berhenti mengiklankan produk pilihan anda, pendapatan anda pun terhenti begitu sahaja. Sama seperti anda bekerja dengan orang lain atau bekerja sendiri.
Ini kerana anda tidak mempunyai sistem dan perancangan seperti yang dilakukan di dalam membina sesebuah perniagaan.

Membina perniagaan internet memerlukan anda melihat beberapa langkah ke hadapan sebelum melakukan sesuatu.

Sebagai contoh, jika anda fokus kepada pengiklanan di dalam newsletter usahawan internet yang lain, anda perlu memikirkan bagaimana caranya untuk memaksimakan hasil daripada pembelian iklan yang anda keluarkan.

Mungkin anda akan mendapat beberapa jualan daripada pengiklanan yang dimaksudkan tetapi ini tidak semestinya menjadi satu-satunya peluang untuk anda menghasilkan pendapatan.

Maklumat lanjut kunjungi http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/wang-cepat-atau-bisnes-internet-jangka-masa-panjang/

No comments: