Hendak Berniaga Perlu Menjual

Bagaimana perniagaan Internet anda sekarang?
Jika ia sedang pesat berkembang, artikel inisesuai untuk anda.
Jika ia sedang tenat, hidup segan mati tak mahu2,lagi sesuai.
Jika anda sedang menunggu bulan jatuh ke ribabaru mahu bermula, memang sah artikel ini utkanda! ;)

Baiklah, dalam perniagaan Internet anda, pastikanproduk anda mempunyai sekumpulan bakal pelangganyang mempunyai kuasa beli yang baik. Ramai peniaga Internet yang cuba menjual produk mereka kepada semua orang. They try to be everything to everybody.

Dan ini salah. Tak kira, apa juga produk yanganda jual. Contohnya: Jika anda menjual selendang di Internet anda perlu "define" pasaran andadengan jelas. Adakah pelanggan anda:
a) Peminat fesyen Hi Class (haute couture)
b) Peminat fesyen Low Budget
c) Lelaki yang Mencari Hadiah Untuk Wanita
d) Peniaga yang Ingin Membeli Dgn Kuantitie) Dsbnya.

Selepas anda mengenali pasaran anda, lebih mudahuntuk anda merangka strategi pemasaran yangkomprehensif. Usaha anda tidak akan sia-sia,kerana ia lebih fokus.

Pelajaran #1 untuk anda:
Nyatakan dengan jelas pasaran anda, supayaanda nyata dan boleh merangka strategi bersesuaian.

Selepas itu, selidiki, apakah produk yang pasaran ini mahu dan jual kepada mereka. Contoh: Jika saya mahu menjual selendang.

Katakan pasaran saya adalah wanita yang gemardengan aksesori dan ada citarasa tinggi.Saya pun mendekati mereka untuk mengetahuiselendang apakah yang mereka mahu. Selendang ada banyak jenis. Ada selendang bawal,air mata, Wardina, Siti dan bermacam lagi. Olehkerana pasaran saya ini bercita rasa tinggi,mereka mungkin tidak mahu selendang bawal yang simple, tetapi meminati selendang Wardina yangbersimpul sana, bersimpul sini tu. Jadi, peluang saya untuk membuat keuntungan akan lebih cerah jika saya fokus menjual selendang Wardina kepada kumpulan ini.

Pelajaran #2 untuk anda:
Pelanggan anda mungkin peminat satu kategori produk.Tetapi mereka tidak akan membeli atau memerlukankesemua produk dalam kategori tersebut, merekahanya memerlukan satu atau dua produk sahaja.

Jadi, cari produk tersebut dan jual kepada mereka.

Bagaimana tips kali ini boleh membantu anda?
Renung kembali perniagaan anda. Adakah ia mempunyaipasaran yang jelas?
Jika ya, tumpukan perhatian anda untuk mencari"winning product" yang dikehendaki.
Jika tidak, cari pasaran anda dahulu, dan kemudianrangka strategi untuk menawan pasaran tersebut.


Sabri,
Pengasas SaifulSham.com
Penulis "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

No comments: