Pernahkah anda membaca buku The Secret?
Buku ini sangat bagus menerangkan bagaimana untuk kita berjaya dengan menggunakan salah satu anugerah Tuhan yang tiada nilainya iaitu minda. Salah satu tip yang menarik cuba disampaikan dalam buku tersebut ialah sentiasa bersyukur.
Ya, itulah sebenarnya kunci untuk menjadi kaya.
Ramai yang masih tidak menjadi kaya kerana tidak mengamalkan kunci kekayaan ini. Tidak perlu menilai orang lain, nilailah diri kita sendiri. Adakah kita bersyukur dengan pendapatan yang anda perolehi sekarang?
Jika tidak, bagaimana Tuhan ingin memberikan kita pendapatan yang lebih banyak lagi? Analogi mudah ialah saya memberikan anda RM10 dan anda dilihat mengambil wang tersebut dan berlalu tanpa mengucapkan terima kasih.
Saya pasti tidak akan memberikan anda wang lagi!
Namun kita masih bertuah kerana Tuhan masih memberikan kita rezeki lagi dan di dalam agama Islam sendiri sering menekankan konsep bersyukur ini. Hikmahnya ialah Tuhan pasti menambah lagi rezeki tersebut selaras dengan firman Allah yang berbunyi:
"Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya juga jika kamu kufur ingkar, adalah azabKu itu amat keras."
Saudara, saya berharap anda terus bersyukur dengan apa yang ada dan saya percaya walau Agama apa sekalipun yang anda anuti pasti menekankan supaya kita bersyukur dan terus berusaha membaiki kekurangan yang ada.
Saya tahu masih ramai yang terus menyalahkan takdir dengan apa yang menimpa diri. Sebenarnya, anda acapkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda.
Anda telah diberikan rezeki dan cukup untuk makan sekeluarga. Adakah anda fikir itu merupakan perkara biasa? Sedangkan ramai lagi orang yang kurang bernasib baik di dunia ini tidak dapat makan dan minum.
Ingat semakin kita bersyukur semakin bertambah apa yang kita ada sekarang. Dari RM100 mungkin boleh menjadi RM10, 000!
Akhir kata, emel ini bukanlah untuk berkhutbah kepada saudara tetapi untuk mengingatkan diri saya sendiri yang sering juga lupa. Saya sebagai kawan anda dan anda pula sebagai kawan saya perlu saling mengingati di antara satu sama lain.
Sekian,
Labanon,
Team FlareBiz,
www.MajalahIM.com
1 comment:
betul tu kunci kekayaan dan kejayaan adalah kesyukuran walaupun kita hidup miskin tapi kita sentiasa bersyukur insyaallah rezeki kita tidak akan terputus...
yang penting allah menyukai orang yang sentiasa bersyukur..
Post a Comment