Oleh: Irfan Khairi
Sering kali kita dinasihatkan untuk lakukan apa yang kita minat.Lakukan apa yang kita ghairah (passion)! Tetapi, mengapa? Mengapakita perlu lakukan apa yang kita minat? Mengapa kita perlu lakukankarier yang kita amat-amat sangat minat?
Apa kata kita lihat dari sudut lain pula. Mengapa pula kita hendaklakukan sesuatu yang kita tidak minat?
Dalam mencapai kekayaan dan kebahagian dalam hidup, ianya amat penting untuk kita lakukan apa yang kita minat. Mulakan perniagaan yang kita mempunyai keghairahan dalam bidang tersebut.
Untuk berjaya dengan cemerlang, jarang sekali kita akan jumpa seseorang yang melakukan apa yang mereka tidak minat. Pastinya usahawan jutawan yang kita kenali, semua mempunyai keghairahandalam perniagaan masing masing.
Teringat saya kisah Bill Gates, salah seorang manusia paling kaya di dunia pernah berkata bahawa: "Kalau saya tidak mendapat walaupun satu sen, saya masih lagi akan mencipta perisian komuputer!".Menunjukkan betapa ghairahnya Bill Gates dalam bidang mencipta perisian komputer.
Kemudian, kita boleh lihat pengasas Dell Computers pula, Michael Dell yang menjadi bllionaire pada umur 30-an. Dell pernah menceritakan bahawa "Ketika saya di sekolah menengah, saya membinakomputer untuk rakan-rakan secara percuma. Kerana membina komputer adalah minat saya!". Tidak dapat di nafikan lagi, keghairahan dan minat Michael Dell juga membawanya kepada status billionaire seperti Bill Gates.
Dan, pastinya semua mengenali Donald Trump, yang sememangnya mempunyai minat dan keghairahan pada bangunan-bangunan indah sejak kecil lagi. Kini, menjadi tycoon hartanah dengan berbagai-bagaibanggunan mewah serata dunia dalam portfolionya!
Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan kerier dalam bidang yang mereka minat.Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minatsebagai kerier pilihan.
Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?
Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan "Jangan memilih kerja", nasihat saya pastinya berbunyi "Pilih kerja dengan tepat!" lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.
Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan "dipaksa" melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk tahun-tahun yang akan datang.
Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masauntuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat.Sekiranya terperangkap dalam kerier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang. Mungkin 3tahun, mungkin 5 tahun... atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan "rugi" kalau berhenti danmelakukan sesuatu yang lain.
Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukansesuatu yang kita tidak minat!
Bagaimana kita hendak tahu sesuatu itu, sama ada kerier bekerjamakan kagi, atau karier sebagai usahawan menjadi keghairahan kita?
Berikut adalah checklist untuk anda:
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedarbetapa cepatnya masa berlalu!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa seronokdan gembira melakukannya!
* Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akanmerasa bosan melakukannya!
* Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita,kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahanmenjawab soalan-soalan yang ditanya!
* Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minatdan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannyabermati-matian!
Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yangpanjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti "Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?", jawapan yangdiberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapaghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.
Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yangkita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang merekatidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan.Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewanganberjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.
Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadiusahawan yang ghairah.
Jadilah jutawan ghairah!
No comments:
Post a Comment