16 Sebab Kegagalan Perniagaan

Saudara, sudah pasti, tiada siapa inginkan kegagalan dalamperniagaan, namun kegagalan perniagaan tetap terjadi. Ianya dikatakan lebih daripada 90% perniagaan yang dimulakan mengalami kegagalan.

Berikut adalah sebab-sebab kegagalan perniagaan. Pastikan anda menjauhinya!

1: Tiada matlamat
Tiada matlamat yang jelas apa yang ingin dicapai oleh perniagaanyang dibina. Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 1 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 3 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 5 tahundari sekarang? Apakah matlamat perniagaan anda 10 tahun darisekarang? Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas, perniagaan tidak mempunyai daya danmotivasi untuk berkembang.

2: Tidak mengutamakan pelanggan
Pelanggan merupakan aset utama apa sahaja perniagaan. Utamakanpelanggan oleh kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untukmemenuhi keperluan pelanggan. Ianya sering dikatakan dalambuku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3: Tidak usahakan jualan
Keuntungan perniagaan datangnya dari jualan. Amat jarang sekalisesuatu jualan akan datang dengan sendiri. Usahawan perlumengusahakan untuk mendapatkan jualan. Pastikan momentum diteruskanuntuk mendapat jualan demi jualan oleh kerana tanpa jualan, tiadakeuntungan!

4: Tidak sabar
Naluri ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktupanjang dan bukan meraih keuntungan maksima pada jangka waktusingkat.

5: Gagal meletakkan prioriti
Ianya dikatakan, 20% daripada usaha akan menghasilkan 80% daripadapulangan. Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkanprioriti adalah memberi fokus kepad 80% usaha perniagaan yang hanyamemberi 20% daripada pulangan. Agihkan kerja-kerja perniagaan yangtidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supayatenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20% yangmemberi keuntungan 80%.

6: Melakukan sesuatu di luar bidang
Sebaiknya, jalankan perniagaan di mana letaknya kekuatan anda. Memulakan perniagaan yang bukan dalam kekuatan anda hanya akanmengurangkan motivasi anda.

7: Tidak mempunyai daya saingan pada produk atau perkhidmatan
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan. Sesuatuperniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat berbandingdengan pesaing dari segi lebih baik, atau lebih murah, atau lebihpantas dari pesaing. Tanpa daya saingan untuk membezakan andadengan pesaing, ianya hanya akan menenggelamkan perniagaan anda.

8: Produk tidak memenuhi keperluan pelanggan
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakanperniagaan. Namun, dengan mempunyai produk sahaja, tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keperluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kosmetik untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna, ianyamenyebabkan kulit berminyak di wajah pengguna pula. Maka, produktersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9: Produk dan perkhidmatan pelanggan yang tidak berkualiti
Zaman ini, pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatanpelanggan. Oleh kerana persaingan semakin tinggi, terdapatberbagai-bagai pilihan yang boleh dibuat oleh pelanggan. Produk danperkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10: Gagal mengenalpasti pelanggan
Siapakah bakal pelanggan anda? Dimana komuniti bakal pelanggananda? Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda? Bagaimanacaranya anda boleh mencapai bakal pelanggan anda? Strategiperniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran anda (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran anda, ianya adalah lebih mudahmengenalpasti pelanggan anda untuk melakukan sebarang jualan.

11: Lemah dalam urusan kewangan
Fahami angka kewangan perniagaan anda. Pastikan setiap transaksiperniagaan diambil kira dan walaupun bunyinya mudah, namun, terlalubanyak perniagaan membelanja lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan, walaupun usahawan perlumengambil risiko kewangan, namun risiko yang terbaik adalah risikoyang telah diselidik.

12. Gagal mengikut trend semasa dan pasaran
Trend dan pasaran berubah mengikut masa. Satu ketika dulu, walkmanmenjadi pilihan utama muda mudi berhibur, kini trend sudah berubahmenjadi pemain MP3! Usahawan perlu peka kepada trend semasa danpasaran supaya perniagaan sering dikemaskini mengikut arus zaman.

13: Perbelanjaan overhed yang tinggi
Seringkali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed adalah pada minimum. Kos overhed termasuk koselektrik, kos pekerja, kos premis, kos air, kos Internet dansebagainya. Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan, maka,keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000 hanya untuk mendapatkeuntungan.

14: Tiada perancangan perniagaan
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal. Sediakanpelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan anda.Aturkan strategi pemasaran dalam mendapat pelanggan yang ramai.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib, tetapi keranaperancangan perniagaan yang lengkap.

15: Perancangan tanpa tindakan
Perancangan hanyalah langkah pertama. Perancangan tanpa tindakansusulan tidak akan membuahkan hasil! Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan. Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakantidak menjadi dan gagal? Tidak mengapa, kegagalan akan mengajaranda untuk mengubah perancangan. Kegagalan adalah guru yang palingbaik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri andamempelajari dari kesilapan.

16. Gagal berhubung dengan pekerja
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpamengagihkan kerja kepada pihak lain. Fahami kehendak dan keperluanpekerja oleh kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaananda. Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasikepada pekerja untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukanperniagaan anda.

Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ianya dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu, perlu diingat juga bahawa, sekiranya sekiranya rezekiperniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali, bukan bermaksud gagal selamanya. Teruskan usaha olehkerana kejayaan sering dijumpa disebalik kegagalan!
Oleh : Irfan Khairi
http://www.irfankhairi.com/

Scam Alert: Taktik Nigerian Scammer

Saya menerima beberapa email yang bertanya tentang pelbagai program dan juga email yang mereka terima. Saya akan berikan satu contoh email mereka. Contohnya email mereka adalah tentang:

1.Loteri yang anda menang

Biasanya ia kononnya daripada firma atau syarikat besar seperti coca cola, microsoft, yahoo, google, pepsi, toyota dan pelbagai lagi syarikat besar yang kononnya anda memenanginya walaupun anda tidak menyertai. Bagi mereka yang “rambang mata” duit berjuta yang kononnya telah dimenangi. Mereka pasti akan reply email tersebut.

Baca seterusnya di http://www.shamsuriyadi.com/2008/11/19/scam-alert-taktik-nigerian-scammer/

Kenapa anda tidak mampu untuk bertindak?

Sila bagi perhatian kepada jawapan di bawah.
"Bukan saya taknak bertindak cuma apa yang diterangkan dalamkebanyakkan ebook tidak jelas dan saya berharap produk anda padakali ini adalah produk yang betul-betul boleh menjana wang!"

Saya tanpa membuang masa terus tunjukkan kepada beliau sistem yangkami akan lancarkan kelak. Saya juga nyatakan berapakah hargasistem kami tersebut. Selepas beberapa jam, dia reply lagi emel dengan begitu terujasekali "Wah, sistem macam ni memang boleh buat duit di Internet!Kalau bayar RM3000 pun saya sanggup! Ini kerana sistem ini sememangnya memudahkan semua orang!"

Dan banyak lagi.

Salam cemerlang dan jumpa lagi di emel akan datang!

Sekian,

Labanon,
Team FlareBiz,
www.FlareBiz.com

Rahsia Menjana 10,151.17 Melalui Adsense Di Sini...

Sebelum sayabercerita lebih lanjut Rahsia bagaimana saya berjaya menjanapendapatan 10,151.17 melalui google adsense melalui beberapa blog saya sehingga kini... saya ingin memberitahu kepada anda bahawa bukan mudah untuk saya melakukannya. Bayangkan setiap hari sayamemikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan pasif setiapbulan melalui internet. Memang saya telah mencuba program Google Adsense sebelum, tapi bukan mudah untuk mendapatkan pendapatan melaluinya tanpa trafik melalui blog. Maka saya gagal..
Lantas saya memikirkan satu blog yang disukai ramai danmenjadi tumpuan orang ramai yang melayari internet.Dandari situlah saya dapati blog video anime adalah yang terbaik dantermudah untuk saya lakukan oleh kerana terbatasnya penguasaan bahasa inggeris saya.
Kemudian, saya terpaksa bertungkus lumus pula untuk memasukkan setiap episod tersebut daripada awal hinggalah kepada yang terkini,dan proses ini adalah cabaran pertama yang menguji kekuatan saya untuk meneruskan usaha ini.

Setelah selesai kesemua episod tersebut,saya berdepan pulamasalah bagaimana untuk memasarkan blog video anime saya ini kepada umum.Maka,saya telah mencuba pelbagai kaedah pemasaran sehinggalah akhirnya saya berjaya dengan kaedah pemasaran video.

Kunci sudah dapat dibuka,lantas saya terus fokus kepada pemasaranmelalui video ini sehingga akhirnya blog saya dikunjungi setiaphari oleh ribuan pengunjung daripada seluruh dunia dan pendapatan adsense saya pun MELONJAK SETIAP HARI...

Seterusnya kerja saya bertambah mudah,kerana saya cuma perlutambah episod yang terkini sahaja setiap minggu.Jadi, sebelum merasa kesenangan yang saya kecapi melalui hasil pasif income yang saya terima hingga kini dan mencecah hingga rm 10,000 lebih melalui Google adsense dengan beberapa blog ini sebenarnya sayatelah melalui saat-saat sukar dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum mampu untuk mengecapinya.

Jadi jika anda masih lagi gagal hari iniuntuk menjana wang melalui internet,janganlah cepat berputusasa kerana mungkin usaha yang anda lakukan itu belum mencukupi untuk mencapai tahap apa yang anda impikan.

Buangkan sikap & sifat ingin dapat sesuatu hasil yang banyakdengan usaha yang sedikit. Jika anda telah setkan mindset ini, saya pasti anda akan cepat berputus asa dan kecewa jika gagal memenuhi impian tersebut.
Aspirasi Cyber Team

Ketahui Rahsia Mencari Produk!

Seperti yang dijanjikan saya akan ceritakan kepada anda bagaimanauntuk mencari produk untuk diniagakan di Internet. Berdasarkanpengalaman saya menguruskan http://www.galeribatik.com/, saya tidakmengeluarkan wang 1 sen pun untuk membeli produk-produk tersebutdan dijual kembali di Internet.

Ramai yang menganggap bahawa saya mengeluarkan modal ribuan ringgituntuk membeli produk tersebut dan menjualnya kembali di Internet. Mereka silap!

Apa yang saya lakukan ialah konsep Join Venture (JV)! Ya, saya pergike sebuah kedai batik di Kelantan dan saya menyatakan kepada ownerkedai tersebut yang saya mahu memasarkan produk beliau di Internet.Saya terangkan kelebihan-kelebihan menjual produk di Internet ataudengan kata lain meyakinkan beliau tentang potensi perniagaan Internet. Akhirnya beliau setuju!

Nampaknya karier saya sebagai usahawan batik di Internet sudahbermula :) Saya hanya pergi ke kedai beliau untuk mengambil gambarproduk dan masukkanya di Internet. Jika produk tersebut mendapatjualan maka saya akan pergi beli produk di kedai tersebut dan mengeposkan produk tersebut kepada pelanggan.

Selepas beberapa minggu, nampaknya owner kedai batik tersebut sudah mempercayai saya. Saya tidak perlu lagi mengambil gambar danmenghantar produk tersebut. Pihak kedai tersebut akan menghantargambar kepada saya apabila terdapat stok baru dan mereka juga akan mengepos produk kepada pelanggan! Kemudian, saya akan transfer sejumlah wang ke akaun pemilik kedai batik tersebut.

Rosbira, apa yang saya lakukan hanyalah mencari pelanggan di Internet! Kemudian segala hal lain diuruskan oleh pihak kedaitersebut.

Saya berharap anda sudah bersedia untuk bergelar usahawan Internet. Jika sudah bersedia maka anda perlu bertindak sekarang untukmencari produk untuk dipasarkan di Internet.

Pastikan produk tersebut:
[+] Tidak mudah basi
[+] Bukan produk yang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya.
[+] Mudah untuk dipos kepada pelanggan.

Terlampau banyak yang anda boleh niagakan di Internet. Contohnya seperti tikar Sarawak, barang perhiasan, baju, jam tangandan sebagainya. Lagi beruntung jika anda sudah berniaga secara offline maka anda hanya perlu bawa produk tersebut untuk diniagakan di Internet.

Sekian,


Labanon,
Team FlareBiz,
http://www.flarebiz.com/

Apa gunanya perniagaan Internet?

Pemikiran begitu adalah salah! Internet boleh digunakan untukmenjana prospek berlipat kali ganda jumlahnya. Tidak semestinya andamempunyai produk fizikal untuk menjalankan perniagaan Internet.Perkhidmatan anda sendiri adalah "produk" anda.

Sekiranya anda melihat laman-laman web luar negara (terutamanya barat), ramai yang mengendalikan perniagaan perkhidmatan menggunakanInternet untuk menambahkan bilangan pelanggan mereka. Di Malaysia,masih ramai yang tidak tahu kaedah ini dan hanya bergantung kepadaperjumpaan empat mata untuk mendapatkan prospek dan pelanggan.

Sekiranya anda, kenalan atau keluarga anda menjalankan karier dalambidang perkhidmatan, gunakan Internet untuk menambahkan bilanganprospek, menambahkan pelanggan dan juga meluaskan pasaran anda.



-Irfan Khairi
http://www.rahsiainternet.com

Masa Dalam Perniagaan

Dalam menjalankan perniagaan, perancangan masa adalah elemen yangamat penting. Dengan pengurusan masa yang bijak, usahawan dapatmelakukan lebih banyak perkara dalam waktu yang diberikan. Ianyadikatakan setiap manusia mempunyai 24 jam yang sama dalam masasehari. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menguruskanwaktu 24 jam kita yang membezakan kejayaan seseorang.

Berikut adalah 3 kunci merancang masa:

Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
======================================
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada harisebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskansegala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari.Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.

Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untukmerancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalammenyelesaikan sesuatu pekerjaan.
Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya olehkerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hariyang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurnadan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.

Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
======================================
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalahmenyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. TandakanA pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yangkurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yangkurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung.

Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentinganini, anda akan dapat lihat di manakan keutamaan anda perlu tumpukanterlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkahdaripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkinsekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya sepertimenonton TV atau bermain computer game.
Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada oranglain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B.

Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlumemberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti andamengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya adamasa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalamaudio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukanperkara D!
Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yanganda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!

Kunci #3. Prinsip 80-20
=======================
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20%daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalahuntuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain,produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!
Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaatanda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas,bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategibagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudahbersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasantersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda datamenyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut.Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerjatersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepadakerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perluhiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang samaiaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perludiambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasanyang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80%daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepaskesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasanasal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pastiteruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankanperniagaan ada!



-Irfan Khairi
Untuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan,
lawatihttp://www.irfankhairi.com

20 Ways To Make $100 A Day

I don't usually recommend other people'sproducts that compete with my own, butthis one was just too good to pass up.

It's called '20 Ways To Make $100 ADay' and was written by the elitemembers of the Internet MarketingInner Circle. In it, you'll hear from experts like Willie Crawford, Dr. Mani, Jeremy Estes, Jack Bastide and more. They'll share 20 of their most closely guarded money making ways to earn$100 a day online.

What would you do with an extra $100per day?
If you follow just 2 or 3 of the methods detailed in the report, you can easily earnan extra $6K - $9K per month - which is enough for most people to comfortably live off of. It only takes one tiny bit of knowledge tomake a big difference... and in 200+pages, there's lots of knowledge in there.

Even if you're an experienced internetmarketer there are several techniques inthere you can add to your repertoire fora generous boost of extra income.

Or if you are just getting going in IM, you'll love the way everything is explained in simple steps and great detail - and you should have no problem finding a few thatyou can do right away.
There's something here for everyone and at the price it's at, picking up a copy should be a no brainer decision. Check it out:
http://www.JustinMichie.com/20ways


Cheers,
Justin Michie

THINKING BIG!

Beri peluang kepada diri anda untuk "think big". Kesemua kisah kejayaan bermula dengan thinking big.

Ini adalah kerana, dengan mengimpikan sesuatu yang besar, anda memaksakan diri anda untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mencapai sesuatu yang diluar jangkaan anda. Sekiranya anda mempunyai sebuah kedai, fikirkan bagaimana andaboleh membina kedai-kedai tambahan (francais). Sekiranya anda sudah berjaya di negeri anda, fikirkan bagaimana anda boleh menambahkankejayaan di mata negara (seluruh Malaysia). Sekiranya anda sudah berjaya di Malaysia, fikirkan bagaimana anda boleh berjaya diperingkat antarabangsa. Sekiranya pendapatan anda adalah RM1,000, fikirkan bagaimana andaboleh memperolehi pendapatan RM10,000. Sekiranya pendapatan andaRM10,000, fikirkan pula bagaimana untuk memperolehi RM100,000!

Menurut sejarah, segala kejayaan yang cemerlang bermula dengankebolehan seseorang itu dalam "thinking big".

Pepatah Inggerismengatakan: "Shoot for the stars, if you don't get it, you still get the moon!"
(Bermatlamat untuk mencapai bintang-bintang. Sekiranya anda tidakkesampaian, anda masih mencapai bulan)

Maksudnya untuk memberi anda kebebasan berfikir sesuatu yang lebihhebat dan besar daripada zon selesa anda. Sekiranya sesuatu hebatitu tidak tercapai, anda masih lagi mencapai sesuatu yang amat membanggakan. :)

Dengan thinking BIG membawa saya kemana saya kini berada. Begitu juga dengan kisah-kisah kejayaan kita pernah bincangkan sebelum ini.


Salam hormat,

-Irfan Khairi & Krew Rahsia Internet
Irfan Khairi Sdn Bhd.

Hendak Berniaga Perlu Menjual

Bagaimana perniagaan Internet anda sekarang?
Jika ia sedang pesat berkembang, artikel inisesuai untuk anda.
Jika ia sedang tenat, hidup segan mati tak mahu2,lagi sesuai.
Jika anda sedang menunggu bulan jatuh ke ribabaru mahu bermula, memang sah artikel ini utkanda! ;)

Baiklah, dalam perniagaan Internet anda, pastikanproduk anda mempunyai sekumpulan bakal pelangganyang mempunyai kuasa beli yang baik. Ramai peniaga Internet yang cuba menjual produk mereka kepada semua orang. They try to be everything to everybody.

Dan ini salah. Tak kira, apa juga produk yanganda jual. Contohnya: Jika anda menjual selendang di Internet anda perlu "define" pasaran andadengan jelas. Adakah pelanggan anda:
a) Peminat fesyen Hi Class (haute couture)
b) Peminat fesyen Low Budget
c) Lelaki yang Mencari Hadiah Untuk Wanita
d) Peniaga yang Ingin Membeli Dgn Kuantitie) Dsbnya.

Selepas anda mengenali pasaran anda, lebih mudahuntuk anda merangka strategi pemasaran yangkomprehensif. Usaha anda tidak akan sia-sia,kerana ia lebih fokus.

Pelajaran #1 untuk anda:
Nyatakan dengan jelas pasaran anda, supayaanda nyata dan boleh merangka strategi bersesuaian.

Selepas itu, selidiki, apakah produk yang pasaran ini mahu dan jual kepada mereka. Contoh: Jika saya mahu menjual selendang.

Katakan pasaran saya adalah wanita yang gemardengan aksesori dan ada citarasa tinggi.Saya pun mendekati mereka untuk mengetahuiselendang apakah yang mereka mahu. Selendang ada banyak jenis. Ada selendang bawal,air mata, Wardina, Siti dan bermacam lagi. Olehkerana pasaran saya ini bercita rasa tinggi,mereka mungkin tidak mahu selendang bawal yang simple, tetapi meminati selendang Wardina yangbersimpul sana, bersimpul sini tu. Jadi, peluang saya untuk membuat keuntungan akan lebih cerah jika saya fokus menjual selendang Wardina kepada kumpulan ini.

Pelajaran #2 untuk anda:
Pelanggan anda mungkin peminat satu kategori produk.Tetapi mereka tidak akan membeli atau memerlukankesemua produk dalam kategori tersebut, merekahanya memerlukan satu atau dua produk sahaja.

Jadi, cari produk tersebut dan jual kepada mereka.

Bagaimana tips kali ini boleh membantu anda?
Renung kembali perniagaan anda. Adakah ia mempunyaipasaran yang jelas?
Jika ya, tumpukan perhatian anda untuk mencari"winning product" yang dikehendaki.
Jika tidak, cari pasaran anda dahulu, dan kemudianrangka strategi untuk menawan pasaran tersebut.


Sabri,
Pengasas SaifulSham.com
Penulis "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"