Showing posts with label Aspirasi Cyber Team. Show all posts
Showing posts with label Aspirasi Cyber Team. Show all posts

10 Tips Cipta Produk Informasi Sendiri

Jika anda untuk mencipta produk sendiri dan menjualnya di internet, berikut 10 tips yang boleh anda cuba aplikasikan dalam kehidupan seharian, segala permasalahan yang saya sebutkan tadi akan selesai akhirnya :

1. Sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil dan sebatang pen. Anda harus sentiasa bersedia pada setiap detik jika secara tiba-tiba anda mendapat idea. Jika tidak dicatat idea tersebut, saya pasti anda akan mudah lupa.

2. Idea yang datang secara tidak diduga tidak harus anda edit. Tulis sahaja, kemudian barulah anda fikirkannya semula walaupun idea tersebut ‘gila-gila’ dan tidak masuk akal sekali pun pada
awalnya.

3. Mulakan mencari idea berdasarkan hobi anda. Ada kebarangkalian yang tinggi untuk anda mengembangkan sepuluh idea berlainan lagi hanya daripada salah-satu daripada hobi anda.

4. Kenangkan kembali pengalaman-pengalaman anda yang silam. Mungkin anda mempunyai pengalaman bekerja di sesebuah tempat yang menarik di mana perkongsian pengalaman tersebut amat bermanfaat untuk dikongsi bersama orang lain. Anda boleh mencipta produk
informasi berkaitan bidang pekerjaan anda yang lalu.

5. Baca akhbar harian untuk melihat apakah isu-isu semasa yang menjadi topik perbualan hangat. Jika ia adalah suatu masalah, anda boleh fikirkan penyelesaiannya dan dari situ bangunkan suatu produk atau perkhidmatan yang boleh menyelesaikan masalah
masyarakat di sekeliling.

6. Lawati perpustakaan atau kedai-kedai buku dan majalah. Di sana terdapat pelbagai buku dari pelbagai tajuk dan niche. Mana tahu dari situ anda akan mendapat idea baru untuk mencipta produk dalam sesuatu niche. Jika terdapatnya buku bagi sesuatu niche atau bidang itu, ada kemungkinan besar yang niche tersebut menguntungkan atau profitable.

Sebab apa? Sebab dia mudah saja, jika terdapat buku atau majalah dalam sesuatu niche itu yang terjual sehingga kini, sudah tentulah ada orang yang membelinya. Ada orang yang membeli, maksudnya ada lah proses jual beli di situ.

7. Tengok dan kaji setiap iklan di TV. Dari situ mungkin anda akan dapat idea untuk keluarkan produk informasi. Pelbagai niche yang diketengahkan oleh iklan-iklan tersebut. So, the next time
ada iklan di TV, jangan mengeluh atau tukar siaran. Kaji dan cuba jana idea untuk hasilkan produk sendiri yang berkaitan.

Ini juga boleh kita jadikan salah-satu indicator untuk nak tahu samada niche dalam iklan itu profitable atau pun tidak. Sudah tentulah ianya menguntungkan dan buying niche. Kalau tak, tak kan lah pihak pengiklan sanggup menghabiskan wang ribuan RM untuk stesen-stesen TV macam TV3, ntv7 dan sebagainya menyiarkan iklan mereka.

8. Buat research di Clickbank Marketplace. Di situ terdapat berpuluh-puluh niche berbeza. Bukan takat niche buat duit. Kembangkan minda anda sikit. Cipta produk informasi berdasarkan
niche yang ada di situ. Jangan hanya fikirkan niche buat duit.

9. Pastikan idea produk yang bakal anda cipta tu menyelesaikan masalah orang lain. Tak guna kalau buat produk yang anda syok sendiri. Tanya diri anda, adakah produk tersebut boleh
menyelesaikan sesuatu masalah.

10. Tanya pada diri anda soalan-soalan berikut : Produk anda mengenai apa? Siapakah yang bakal membeli produk anda? Mengapa mereka harus beli produk anda dan bukan produk orang lain? Bila pada kebiasaannya produk tersebut akan dibeli? Bagaimana para pelanggan anda boleh membeli produk anda dengan cara semudah yang boleh?

Baiklah, semoga dengan tips-tips yang telah saya kongsikan di atas, boleh memberi idea kepada anda dalam mencipta produk informasi anda sendiri.

Kisah Motivasi Seorang Remaja Menjadi Jutawan Internet Dalam Masa 3 Tahun

Ashley Qualls merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 18
tahun berasal dari Detroit,USA. Pada tahun 2004 iaitu ketika
beliau berumur 14 tahun beliau telah meminta $8 dari ibunya
bertujuan untuk membeli 1 nama domain iaitu whateverlife.com

Beliau mula menghasilkan beberapa design untuk layout/background
MySpace yang khusus untuk remaja seperti beliau. Layout tersebut
beliau berikan secara percuma sahaja. Ini bermakna beliau tidak
memperolehi apa-apa hasil dari design yang beliau reka itu.

Bermula dengan memberikan layout2 tersebut kepada rakan-rakan
beliau ianya berkembang dengan pantas. Setiap hari semakin ramai
remaja yang datang ke laman web beliau untuk mendapatkan layout-
layout hasil ciptaan beliau.

Hari demi hari, semakin ramai dan ramai pengunjung ke laman web
beliau. Laman web beliau semakin terkenal dikalangan remaja-remaja
pengguna MySpace seluruh dunia.

2007 - Iaitu setelah lebih 3 tahun whateverlife.com beroperasi
ianya telah mencatatkan bilangan pengunjung melebihi 7 JUTA ORANG
SEBULAN!!! Dan yang paling menarik sekali ialah beliau telah
berjaya menghasilkan pendapatan lebih dari USD$1,000,000 dari
website tersebut.

Pendapatan bulanan beliau pula dianggarkan melebihi USD$70,000
sebulan.Dari mana datangnya pendapatan atau duit yang melimpah-
limpah tersebut?

Semua pendapatan beliau datang dari pengiklanan. Iaitu seperti
Adsense,Nabbr dan CPM (Casale Media & Value Click). Disebabkan
pengunjung yang melebihi 7 juta orang sehari maka dengan mudah
beliau mendapat duit dari klik-klik ke atas iklan-iklan yang
terpapar di laman web beliau.

Jika anda lihat di sini, beliau memberikan produk layout MySpace
beliau secara percuma kepada orang ramai tetapi pendapatan beliau
datang dari pengiklan-pengiklan yang meletakkan iklan mereka di
web beliau. Tidakkah ini satu strategi yang cukup hebat?

Beliau juga pernah menolak tawaran dari Brad Greenspan yang
merupakan co.founder MySpace untuk membeli website beliau pada
harga USD$1.5 Juta.

Itulah serba sedikit kajian mengenai Ashley Qualls yang berjaya
meletakkan nama beliau sebaris dengan business tycoon yang lain.

Apa yang boleh anda pelajari dari kisah di atas?

1. Lakukan sesuatu berdasarkan kepada minat anda
2. Jadi pakar atas apa yang anda lakukan
3. Kenali peluang yang ada berdasarkan minat anda dan tukarkannya
kepada sumber keuntungan
4. Dapatkan khidmat nasihat dari yang pakar
5. Jadi diri anda sendiri


Ikhlas,
Team Aspirasi Cyber

Rahsia Menjana 10,151.17 Melalui Adsense Di Sini...

Sebelum sayabercerita lebih lanjut Rahsia bagaimana saya berjaya menjanapendapatan 10,151.17 melalui google adsense melalui beberapa blog saya sehingga kini... saya ingin memberitahu kepada anda bahawa bukan mudah untuk saya melakukannya. Bayangkan setiap hari sayamemikirkan bagaimana untuk menjana pendapatan pasif setiapbulan melalui internet. Memang saya telah mencuba program Google Adsense sebelum, tapi bukan mudah untuk mendapatkan pendapatan melaluinya tanpa trafik melalui blog. Maka saya gagal..
Lantas saya memikirkan satu blog yang disukai ramai danmenjadi tumpuan orang ramai yang melayari internet.Dandari situlah saya dapati blog video anime adalah yang terbaik dantermudah untuk saya lakukan oleh kerana terbatasnya penguasaan bahasa inggeris saya.
Kemudian, saya terpaksa bertungkus lumus pula untuk memasukkan setiap episod tersebut daripada awal hinggalah kepada yang terkini,dan proses ini adalah cabaran pertama yang menguji kekuatan saya untuk meneruskan usaha ini.

Setelah selesai kesemua episod tersebut,saya berdepan pulamasalah bagaimana untuk memasarkan blog video anime saya ini kepada umum.Maka,saya telah mencuba pelbagai kaedah pemasaran sehinggalah akhirnya saya berjaya dengan kaedah pemasaran video.

Kunci sudah dapat dibuka,lantas saya terus fokus kepada pemasaranmelalui video ini sehingga akhirnya blog saya dikunjungi setiaphari oleh ribuan pengunjung daripada seluruh dunia dan pendapatan adsense saya pun MELONJAK SETIAP HARI...

Seterusnya kerja saya bertambah mudah,kerana saya cuma perlutambah episod yang terkini sahaja setiap minggu.Jadi, sebelum merasa kesenangan yang saya kecapi melalui hasil pasif income yang saya terima hingga kini dan mencecah hingga rm 10,000 lebih melalui Google adsense dengan beberapa blog ini sebenarnya sayatelah melalui saat-saat sukar dan berusaha bersungguh-sungguh sebelum mampu untuk mengecapinya.

Jadi jika anda masih lagi gagal hari iniuntuk menjana wang melalui internet,janganlah cepat berputusasa kerana mungkin usaha yang anda lakukan itu belum mencukupi untuk mencapai tahap apa yang anda impikan.

Buangkan sikap & sifat ingin dapat sesuatu hasil yang banyakdengan usaha yang sedikit. Jika anda telah setkan mindset ini, saya pasti anda akan cepat berputus asa dan kecewa jika gagal memenuhi impian tersebut.
Aspirasi Cyber Team